awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saya ingin tahu Akmal nak serang siapa - Ahmad Zahid
SPRM mahu DPA dibawa ke Parlimen segera, perkukuh usaha jejak aset jenayah
Dr Akmal letak jawatan bukan tekanan kepada UMNO - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ejen insurans direman lima hari, subahat pelaburan palsu

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
20/08/2025
08:23 MYT
Ejen insurans direman lima hari, subahat pelaburan palsu
Seorang ejen insurans wanita (tengah) direman lima hari selepas disyaki bersubahat dalam pelaburan palsu bernilai kira-kira RM21 juta - Astro AWANI/SPRM
PUTRAJAYA: Seorang ejen insurans wanita direman lima hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki bersubahat dalam pelaburan palsu bernilai kira-kira RM21 juta.
Berdasarkan kenyataan SPRM, suspek berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 9 malam tadi, ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
"Siasatan awal mendapati 22 pelabur diperdaya untuk melabur RM21 juta di sebuah koperasi di Lembah Klang, tetapi wang pelaburan tidak diterima koperasi berkenaan.
"Pelabur hanya diberi sijil pelaburan palsu manakala suspek dipercayai melakukan kesalahan itu antara 2023 sehingga tahun ini," katanya.
Perintah reman sehingga 24 Ogos dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin susulan permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus, mengesahkan penahanan berkenaan ketika dihubungi.
Topic Berkaitan
#SPRM
#pelaburan palsu
#ejen insurans
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan