awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ejen pemerdagangan manusia ditahan rasuah anggota polis di SJR

Nurul Izzatull Hani Seman
Nurul Izzatull Hani Seman
11/08/2021
09:15 MYT
Ejen pemerdagangan manusia ditahan rasuah anggota polis di SJR
Suspek berusia 20 tahun itu dipercayai memberi rasuah RM2,500 kepada anggota polis di sekatan jalan raya di susur EDL menghala ke Jalan Bakar Batu di sini pada 5 Ogos. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki dipercayai ejen kegiatan pemerdagangan manusia ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana dipercayai memberi rasuah kepada anggota polis.
Sumber berkata, suspek berusia 20 tahun itu dipercayai memberi rasuah RM2,500 kepada anggota polis di sekatan jalan raya di susur Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) menghala ke Jalan Bakar Batu di sini pada 5 Ogos.
"Individu itu ditahan selepas dilihat mencurigakan dan semasa pemeriksaan badan dilakukan, lelaki berkenaan memberikan wang rasuah tersebut sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan tangkapan ke atasnya yang disyaki menjadi ejen aktiviti pemerdagangan manusia," katanya.
Sehubungan itu, suspek ditahan pada 1 tengah hari tadi di pejabat SPRM Johor bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi, mengesahkan penahanan berkenaan.
Topic Berkaitan
#polis
#ejen pemerdagangan manusia
#Sekatan Jalan Raya
#rasuah polis
#SPRM
#SPRM Johor
#Azmi Alias
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan