MALAYSIA
Eksekutif agensi kerajaan kerugian RM385,000 wang KWSP akibat ditipu dalam talian

Mangsa telah menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai 'pegawai polis'.
KUCHING: Seorang penolong eksekutif sebuah agensi kerajaan berusia dalam lingkungan 50-an mengalami kerugian RM385,000, selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan dalam talian.
Ketua Polis Daerah Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata berdasarkan laporan, mangsa telah menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.
"Suspek mendakwa mangsa terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram dan merupakan individu yang dikehendaki pihak berkuasa.
"Mangsa kemudiannya diarahkan untuk mengeluarkan wang daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya dan menyerahkan kepada pihak berkuasa kononnya bagi tujuan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.Mohd Farhan berkata mangsa hanya menyedari dirinya telah diperdaya setelah diminta membuat bayaran tambahan.
Beliau berkata kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami