awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eksesais Tiger Strike 2024: Orang ramai di Seberang Takir, Setiu tidak perlu panik

Bernama
Bernama
31/05/2024
02:15 MYT
Eksesais Tiger Strike 2024: Orang ramai di Seberang Takir, Setiu tidak perlu panik
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak memasuki kawasan latihan yang telah diletakkan papan tanda jelas bagi memastikan keselamatan diri.
KUALA TERENGGANU: Orang ramai dinasihatkan untuk tidak panik apabila mendengar bunyi tembakan atau melihat sebarang pergerakan aktiviti ketenteraan di sekitar kawasan Seberang Takir, Kuala Nerus dan daerah Setiu dari 28 Mei hingga 6 Jun.
Bahagian Perhubungan Awam Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pihaknya bersama Angkatan Tentera Amerika Syarikat (USF), sedang melaksanakan Eksesais Tiger Strike 2024 di kawasan tersebut bagi meningkatkan kerjasama dan kecekapan antara dua pihak.
Latihan melibatkan pasukan 10 Briged Para dan 15th Marine Expeditionary Unit, United States Marine Corps (15 MEU USMC) serta sokongan daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Tentera Laut Amerika Syarikat.
"Latihan akan melibatkan banyak pergerakan kenderaan dan aset tentera, bunyi letupan dan penerbangan pesawat tentera di sekitar kawasan latihan terlibat.
"Selain meningkatkan kecekapan tentera, latihan ini juga bertujuan mengukuhkan hubungan dua hala, kompetensi serta profesionalisme kedua pasukan terlibat," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu orang ramai terutama penduduk tempatan, dinasihatkan untuk tidak memasuki kawasan latihan yang telah diletakkan papan tanda jelas bagi memastikan keselamatan diri.
Selain itu mereka juga diminta memberi laluan kepada kenderaan tentera di jalan raya, bagi mengelak sebarang gangguan atau kemalangan.
"Aktiviti ini sebahagian daripada latihan yang dirancang dan dikawal selia dengan ketat. Penduduk diminta memberi kerjasama dan mematuhi arahan diberi oleh pihak berkuasa tempatan atau tentera," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Eksesais Tiger Strike 2024
#latihan ketenteraan
#TDM
#bunyi letupan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan