SEPANG: Hasil eksport orkid Malaysia mampu menyumbang RM4 bilion kepada industri florikultur di Malaysia kerana mendapat permintaan yang tinggi dari negara luar.
Ketua Unit Industri Florikultur (Bahagian Pembangunan Industri Florikultur), Jabatan Pertanian Malaysia Mohamad Nizam Malik berkata bagaimanapun, 120 hektar tanah ladang diperlukan bagi mengusahakan tanaman orkid untuk memenuhi permintaan terhadap bunga itu terutamanya dari Dubai.
"Ketika ini, terdapat sebanyak 50 ladang orkid yang diusahakan oleh pengusaha atau pekebun tempatan dan telah membuahkan hasil di sini, namun kami menjangkakan lebih banyak ladang orkid akan diusahakan pada masa akan datang.
"Sebagai contoh, jika kita hendak memenuhi permintaan Dubai yang agak tinggi, kita perlu menghantar sekurang-sekurangnya 50 kontena orkid setiap hari," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pelepasan Projek Rintis Eksport Kotak Hadiah Premium Orkid Mokara ke Dubai, di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.
Beliau berkata pihaknya turut menyasarkan pasaran di Dubai kerana ia merupakan destinasi pelancongan terkemuka dunia dengan jumlah pelancong yang tinggi setiap tahun.
"Sasaran kami untuk menyediakan orkid di hotel-hotal bertaraf tinggi bukan hanya untuk hiasan tetapi juga sebagai buah tangan kerana bunga orkid ini berestetika tinggi dan mereka menghargai keunikan serta kecantikannya," katanya.
Selain Dubai, beliau berkata orkid tempatan ini juga telah mendapat permintaan di beberapa negeri di negara Timur Tengah itu termasuk dari Abu Dhabi dan Qatar, selain permintaan sedia seperti dari Singapura.
Jabatan Pertanian dalam kenyataan sebelum ini mengatakan nilai ekonomi industri florikultur di Malaysia merupakan satu daripada penyumbang kepada nilai eksport negara yang mencatatkan sebanyak RM417.3 juta sepanjang 2021 dan nilai dagangan negara menerusi keuntungan industri itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding pencapaian 2020 berjumlah RM403 juta.
Sementara itu, Nizam berkata pengeksportan orkid dalam bentuk kotak hadiah premium berkenaan sempena Gulfood 2024 di Dubai untuk memberi peluang kepada pengeluar orkid memasarkan produk mereka dengan lebih mudah dan dapat mengurangkan kos pengeluaran.
Sebanyak 270 kotak hadiah premium diterbangkan ke Dubai semalam dan satu majlis pelancaran Kotak Hadiah Premium Orkid sempena Festival Gulfood akan diadakan pada 21 Feb ini oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Lokman Hakim Ali.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 17 2024
Pengeksportan orkid dalam bentuk kotak hadiah premium dapat memberi peluang kepada pengeluar orkid memasarkan produk dengan lebih mudah dan mengurangkan kos pengeluaran. --fotoBERNAMA
YLTAT, GTA dan UniKL jalin kerjasama pemantapan pendidikan, kemahiran
Kolaborasi inovatif ini merupakan sebahagian daripada inisiatif JEBAT YLTAT bersama GTA dan UniKL untuk mendukung usaha kerajaan memantapkan kelestarian pendidikan.
PM Anwar terima kunjungan hormat delegasi Majlis Perniagaan AS-ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-Asean.
'Bandar kanak-kanak', Rafah tidak boleh diserang - UNICEF
Bandar kanak-kanak, Rafah tidak boleh diserang, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Rantau ASEAN alami 47 bencana minggu lepas - Pusat AHA
Rantau ASEAN mengalami 47 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh, ribut dan kejadian berkaitan angin dari 29 April hingga 5 Mei tahun ini.
Wanita nyaris jadi mangsa culik, ditumbuk, diseret sekumpulan lelaki
Polis berkata kejadian pada jam 9.30 malam itu disedari suami wanita berkenaan selepas mendengar jeritan isterinya yang berusia 47 tahun itu.
Cuaca Panas, Stres: Tips kepada bakal jemaah Haji
Hari wukuf bagi musim haji 2024 adalah pada 9 Zulhijah atau bersamaan 15 Jun 2024, iaitu kemuncak musim panas di Arab Saudi.
Haji 2024: Jemaah wanita paling ramai
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan jumlah Jemaah wanita Haji dan pecahan mengikut umur. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Tumpuan Rabu - 08 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
DUN lulus Rang Undang-Undang Perbadanan Perhutanan Sarawak
RUU itu diluluskan selepas tujuh Ahli DUN mengambil bahagian dalam sesi perbahasan.
Umat Islam perlu punyai satu iltizam, berganding pertahan agama Islam - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah menitahkan semua umat Islam supaya mempunyai satu iltizam untuk bersama-sama merapatkan saf dan bergandingan mempertahankan agama.
Eksport orkid Malaysia mampu sumbang RM4 bilion setahun kepada industri florikultur
120 hektar tanah ladang diperlukan bagi mengusahakan tanaman orkid untuk memenuhi permintaan terhadap bunga itu terutamanya dari Dubai.
Orkid Malaysia jadi tarikan di Gardens By The Bay Singapura
The Orkid Extravaganza juga akan menempatkan orkid yang berasal dari Brunei Darussalam, Indonesia, Singapura, dan Thailand.
Singapura namakan orkid sempena Raja Permaisuri Agong
Singapura menamakan satu spesies orkid hibrid sebagai 'Dendrobium Queen Azizah of Malaysia' bersempena dengan nama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
'Memalukan!' - Pengunjung ditegur ambil bunga di Pesta Floria
Hantaran terbabit mendapat perhatian warganet yang turut kecewa dengan akhlak dan tindakan mementingkan diri itu.
Singapura namakan orkid Dendrobium Ibrahim Zarith sempena nama Sultan, Permaisuri Johor
Singapura menamakan satu spesies orkid hibrid 'Dendrobium Ibrahim Zarith' bersempena dengan nama Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Idris Shah.
Spesies orkid dipercayai pupus ditemui selepas 100 tahun
Orkid jenis pogonia berbulu kecil itu ditemui di Vermont selepas kali terakhir ia terlihat pada 1902.
MAQIS rampas lebih 2,000 pokok orkid dari Taiwan
Rampasan di kawasan kargo Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) itu adalah kerana tidak mematuhi syarat import.
Pokok limau hiasan masih dapat permintaan, penyeri sambutan Tahun Baharu Cina
Permintaan terhadap pokok limau hiasan masih tinggi sekalipun sambutan Tahun Baharu Cina kali ini agak suram susulan pelaksanaan PKP.
Empat pencari orkid sesat dalam hutan ditemui selamat
Kesemua mangsa dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Royal Floria Putrajaya tarik 50,000 pelancong dalam tempoh tiga hari
Festival bunga antarabangsa, Royal Floria Putrajaya (RFP) yang berlangsung di Taman Botani, Presint 1 di sini berjaya menarik kedatangan lebih 50,000 pelawat sejak dibuka Sabtu lepas.