Festival bunga antarabangsa, Royal Floria Putrajaya (RFP) yang berlangsung di Taman Botani, Presint 1 di sini berjaya menarik kedatangan lebih 50,000 pelawat sejak dibuka Sabtu lepas.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata tarikan yang ada di Floria boleh menarik minat pelancong asing untuk datang lagi ke sini tahun hadapan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
"Floria ini seronok pasal dia bagi kita hiburan siang dan malam. Seperti di Taman MOTAC (Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya), kita ada persembahan tarian kebudayaan dan demonstrasi masakan tradisional.
"Pelawat yang datang ke sini nampak bunga yang cantik-cantik, persembahan tarian... jadi mereka sukalah," katanya kepada media selepas menghadiri acara demo masakan warisan istana oleh Chef Selebriti Norzailina Nordin di sini pada Selasa.
Mengetengahkan orkid dan bonsai sebagai tema utama pameran, RFP dibuka kepada pelawat bermula Sabtu lepas hingga 8 Sept ini.
Sementara itu, ditanya tentang isu pelancong asing yang datang ke sini dan menjadi dalang penyeludupan dan penjualan biji benih endemik ke luar negara lalu menjualnya secara haram, Mohamaddin berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan kementerian terlibat untuk mengatasi isu itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 03 2019
Festival bunga antarabangsa, Royal Floria Putrajaya (RFP) yang berlangsung di Taman Botani, Presint 1 di sini berjaya menarik kedatangan lebih 50,000 pelawat sejak dibuka Sabtu lepas. Foto: Facebook/Perbadanan Putrajaya
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
"PH dibonsaikan Tun M? Itu analogi salah" - Zuraida
Zuraida Kamaruddin berpendapat bonsai merupakan sesuatu tumbuhan yang menarik untuk dibela dan bukan seperti yang dianggap oleh Syed Husin
Royal Floria Putrajaya tarik 50,000 pelancong dalam tempoh tiga hari
Festival bunga antarabangsa, Royal Floria Putrajaya (RFP) yang berlangsung di Taman Botani, Presint 1 di sini berjaya menarik kedatangan lebih 50,000 pelawat sejak dibuka Sabtu lepas.
KLOBS bakal jadi ikon pelancongan KL
Program yang berakhir malam tadi menyaksikan kehadiran kira-kira 80,000 pengunjung tempatan dan antarabangsa, iaitu melebihi sasaran awal sebanyak 70,000 orang.