awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ekuinas salur keuntungan RM120 juta kepada PNB

Hilmi Malik
Hilmi Malik
03/09/2020
07:51 MYT
Ekuinas salur keuntungan RM120 juta kepada PNB
Perdana Menteri (tengah) menyaksikan penyampaian replika pengagihan keuntungan Ekuinas menerusi PNB yang diwakili oleh Pengerusi Ekuinas Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda (kiri) dan Pengerusi PNB Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (kanan). - Foto BERNAMA
Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) menyalurkan sebanyak RM120 juta daripada keuntungannya kepada Yayasan Pelaburan Bumiputra (YPB) bagi memanfaatkan pemegang unit Bumiputera dalam dana amanah di bawah pengurusan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Majlis penyerahan kepada PNB tersebut turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dengan Ekuinas diwakili Pengerusinya Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda manakala PNB oleh Pengerusi kumpulannya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
Pengagihan berjumlah RM120 juta berkenaan merupakan sebahagian daripada keuntungan bersih Ekuinas setelah penutupan Ekuinas Direct (Tranche I) Fund (juga dikenali sebagai Dana I).
Ini membawa kepada jumlah pengagihan kepada PNB adalah sebanyak RM320 juta, tambahan kepada RMM200 juta yang telah diagihkan pada tahun 2014.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas, Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir berkata prestasi Ekuinas sehingga hari ini telah membuktikan model ekuiti persendirian memainkan peranan positif dalam menjana ekonomi.
“Ini dapat dilihat melalui pencapaian kami yang berjaya menjana pulangan daripada pelaburan kami dan seterusnya mengagih keuntungan dengan masyarakat Bumiputera secara lebih meluas.
“PNB dikenal pasti sebagai institusi yang sesuai untuk disalurkan pengagihan kerana mempunyai platform terbaik memandangkan rangkaian pemegang unit amanah Bumiputeranya yang luas, sejajar dengan objektif sosial Ekuinas untuk meningkatkan kekayaan Bumiputera secara berkesan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Bumiputera
#ekonomi
#Ekuinas
#model
#Muhyiddin Yassin
#pelaburan
#Perdana Menteri
#PNB
#Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda
#Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan