awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

El Nino: Kementerian Kesihatan cadang aktiviti luar kelas dikurangkan

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
14/03/2016
15:49 MYT
El Nino: Kementerian Kesihatan cadang aktiviti luar kelas dikurangkan
Datuk Seri Dr S Subramaniam ditemui selepas merasmikan program Manavar Vizha di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pandamaran B, Pelabuhan Klang pada Isnin. - Foto Astro AWANI
Kementerian Kesihatan mencadangkan agar aktiviti di luar bilik darjah membabitkan pelajar dikurangkan susulan fenomena El Nino yang mengakibatkan cuaca panas sepanjang Mac ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata sebarang keputusan penutupan sekolah kerana fenomena ini tertakluk kepada keputusan Kementerian Pendidikan.
"Mungkin apa Kementerian Pendidikan boleh buat ialah mengurangkan aktiviti-aktiviti luar para pelajar dan membenarkan pendidikan kelas dijalankan seperti biasa.
“Namun begitu, kuasa muktamad terpulang kepada Kementerian Pendidikan, kita tiada kuasa ke atas hal itu, dan hanya boleh beri nasihat dari segi kesihatan,” katanya selepas merasmikan program Manavar Vizha di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pandamaran B, Pelabuhan Klang pada Isnin.
Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak melakukan aktiviti luar untuk tempoh yang lama bagi mengelakkan dehidrasi.
El Nino merupakan fenomena pemanasan suhu permukaan laut di timur dan tengah Lautan Pasifik kawasan Khatulistiwa yang berlaku setiap dua hingga tujuh tahun.
Fenomena El Nino terburuk yang pernah melanda negara ialah pada tahun 1997/1998 dengan suhu tertinggi dicatatkan pada 40.1 darjah celsius di Chuping, Perlis.
Pada tahun ini, fenomena ini dijangka berkurangan pada April kerana peralihan monsun yang akan mengakibatkan hujan dan ribut petir.
Topic Berkaitan
#El Nino
#Kementerian Kesihatan
#S Subramaniam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan