awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

El Nino: Tindakan tegas ke atas individu buat pembakaran terbuka di hutan simpan

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
21/03/2016
09:52 MYT
El Nino: Tindakan tegas ke atas individu buat pembakaran terbuka di hutan simpan
Pembakaran terbuka lebih-lebih lagi di kawasan yang mencatatkan suhu tinggi meningkatkan risiko kerosakan yang lebih besar. - Gambar hiasan
Jabatan Perhutanan Negeri Perak tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas individu yang melakukan pembakaran terbuka khususnya dalam tempoh cuaca panas El Nino yang berlaku kebelakangan ini.
Timbalan Pengarahnya, Dr Hizamri berkata mana-mana individu yang didapati melakukan kesalahan itu boleh didakwa di bawah Seksyen 32 Akta Perhutanan Negara 1984 (pindaan 1993).
Katanya, hukuman itu akan membawa kepada denda maksimum sebanyak RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun.
Jelasnya, pihaknya mendapati kebanyakan individu yang membakar secara terbuka memilih musim panas untuk memudahkan proses pembersihan ladang.
"Saya ingin menasihatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka dan ada juga yang melakukan pencerobohan tanah hutan simpan di negeri ini.
"Harus diingat Ipoh antara empat kawasan yang mencatatkan suhu tertinggi di Malaysia jadi ini akan memburukkan lagi keadaan," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan program Corporate Social Responsibility ( CSR) anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Perak dan Plus Malaysi Berhad sempena Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perak di Plaza Tol Ipoh Selatan pada Isnin.
Dalam program itu, Jabatan Perhutanan Negeri mengambil inisiatif memberikan 500 anak pokok karas atau gaharu kepada pengguna tol buat kali pertama sempena sambutan Hari Hutan Antarabangsa.
Tambahnya, pihaknya akan mempertingkatkan operasi pemantauan dan penguatkuasaan di sepanjang kawasan hutan simpan agar aktiviti pembakaran dan perlanggaran undang-undang dapat dikurangkan.
"Kami berharap agar orang ramai dapat menjadi mata dan telinga kami dalam melaporkan sebarang kegiatan pembakaran atau pencerobohan tanah kepada kami dengan segera agar tindakan dapat dijalankan kepada pesalahlaku tersebut," katanya lagi.
Pada Sabtu lepas,kawasan Hutan Simpan Korbu seluas 20 hektar mengalami kebakaran hutan simpan pertama di negeri Perak dan memerlukan sehari suntuk bagi operasi pemadaman.
Hizamri berkata keluasan Hutan Simpan Kekal ( HSK) di negeri Perak meliputi 47.54 peratus daripada keluasan negeri yang menjadikannya kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung Malaysia.
Justeru, kerjasama daripada semua pihak secara bersepadu haruslah diperkemas dalam memastikan sektor perhutanan negeri sentiasa terjamin.
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#El Nino
#Jabatan Perhutanan Negeri Perak
#larangan pembakaran terbuka
#pembakaran terbuka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan