awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elak makan kupang, kerang sementara waktu - Aminuddin

Bernama
Bernama
06/04/2024
14:04 MYT
Elak makan kupang, kerang sementara waktu - Aminuddin
Aminuddin berkata ini berikutan DOF masih menjalankan pemerhatian dan analisis terhadap air dan kupang di kawasan terlibat. - Gambar fail/Bernama
SEREMBAN: Orang ramai di negeri ini dinasihatkan mengelak daripada memakan kupang atau kerang terutama dari perairan Port Dickson untuk sementara waktu, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata ini berikutan Jabatan Perikanan (DOF) masih menjalankan pemerhatian dan analisis terhadap air dan kupang di kawasan terlibat.
"Dulu kita biasa dengar tentang keracunan membabitkan kupang dan kerang, sudah lama tak terjadi dan kali ini berlaku lagi di Port Dickson. DOF telah maklumkan puncanya...kita juga tahu di kawasan tersebut banyak penternak kupang dan kita harap masyarakat elakkan makan hingga isu ini selesai.
"Untuk tindakan selanjutnya, kerajaan negeri akan tengok macam mana sebab kita pun belum dapat maklumat sepenuhnya daripada DOF negeri termasuk jumlah penternak terlibat dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pembukaan sebuah pasar raya di sini hari ini.
Pada 4 April lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) DOF Wan Aznan Abdullah dilaporkan berkata hasil analisis makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur mendapati terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson dicemari dan tidak selamat dimakan.
Beliau berkata sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari biotoksin serta alga spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia berbahaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Port Dickson
#sampel air
#biotoksin
#jabatan perikanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan