NATIONAL
Elak pemeriksaan polis, penagih dadah rempuh pagar kuarters JKR

Suspek berjaya ditahan selepas kenderaan dipandunya melanggar pagar kuarters JKR Rembau. -IPD Seremban via Bernama
SEREMBAN: Gara-gara mengelak daripada pemeriksaan polis, seorang penagih dadah bertindak memandu kereta dengan laju sehingga melanggar pagar kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) Rembau, di Jalan Seremban-Tampin, pada kira-kira 7 malam, semalam.
Ringkasan AI
- Seorang penagih dadah memandu laju untuk mengelak pemeriksaan polis, menyebabkan keretanya melanggar pagar kuarters JKR Rembau.
- Suspek, seorang lelaki berusia 52 tahun, mempunyai 16 rekod jenayah dan dadah, dan didapati positif methamphetamine.
- Kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam.
"Tiba di persimpangan Ulu Sepri, kenderaan dipandu lelaki itu hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar pagar perumahan JKR Rembau.
"Pemeriksaan ke atas suspek tidak menjumpai barangan yang salah, namun semakan kad pengenalan mendapati suspek mempunyai 16 rekod jenayah dan dadah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata suspek dikesan positif methamphetamine dan kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami