awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari

Bernama
Bernama
15/12/2024
07:15 MYT
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berucap pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Program Kampung Angkat Madani Kementerian Pertahanan di Kampung Baru Pasak hari ini. - Foto BERNAMA
KOTA TINGGI: Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN 3.0) yang akan bermula Januari ini.

Ringkasan AI
  • Elaun PLKN 3.0 Kekal: Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara 3.0 (PLKN 3.0) yang akan bermula Januari ini, walaupun ada cadangan untuk menaikkannya.
  • Tempoh Program: PLKN 3.0 akan berlangsung selama 45 hari di dalam kem tentera, dan insiden buli serta provokasi dijangka dapat dielakkan kerana tempoh program yang singkat.
  • Latihan Percubaan: Sebelum pelaksanaan penuh, Latihan Percubaan PLKN 3.0 akan diadakan selama 14 hari bermula 12 Januari tahun depan, melibatkan 200 pelatih lelaki secara sukarela.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata setakat ini belum ada keperluan untuk menaikkan kadar elaun tersebut.
"Setakat ini (RM8) kita kekal, program itu belum bermula. Jadi biarlah mula dulu," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Projek di bawah Program Kampung Angkat Madani - Mindef di Balai Raya Kampung Baru Pasak di sini hari ini.
Pada Khamis lepas, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Keselamatan dilaporkan membentangkan laporan berkaitan PLKN 3.0 termasuk mengesyorkan kadar elaun peserta dinaikkan ke RM50 sehari.
Dalam pada itu, Mohd Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata insiden buli dan provokasi antara peserta PLKN 3.0 mampu dielakkan kerana program berkenaan berlangsung dalam tempoh singkat.
"PLKN 3.0 akan dilaksanakan dalam tempoh 45 hari di dalam kem tentera. Berasaskan kepada soal itu kita percaya soal itu (buli dan provokasi) akan dapat ditangani," kataya.
Sebelum ini Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata Kementerian Pertahanan akan melaksanakan Latihan Percubaan PLKN 3.0, membabitkan 200 pelatih lelaki secara sukarela yang berlangsung selama 14 hari bermula 12 Jan tahun depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Program Latihan Khidmat Negara
#Mohamed Khaled Nordin
#PLKN 3 0
#elaun
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan