awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Emas bernilai RM1 juta lesap dalam dua minit

Astro Awani
Astro Awani
16/03/2016
10:45 MYT
Emas bernilai RM1 juta lesap dalam dua minit
Kurang daripada tiga minit, sebuah kedai emas di Jalan Sultan Iskandar mengalami kerugian sekitar RM1 juta selepas disamun lima lelaki pada petang Rabu.
Kurang daripada tiga minit, sebuah kedai emas di Jalan Sultan Iskandar di sini mengalami kerugian sekitar RM1 juta selepas disamun lima lelaki pada petang Rabu.
Dalam kejadian sekitar 3 petang itu, sekumpulan lelaki bertopi keledar dengan visor penuh bertindak meluru masuk dan merompak hampir 75 peratus daripada stok emas di dalam kedai berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata pada waktu kejadian kedai tersebut masih beroperasi namun mujur tiada pelanggan berada di dalam kedai berkenaan.
Katanya, kelima-lima mereka meluru masuk secara tiba-tiba dan salah seorangnya mengacukan pistol ke arah pengawal keselamatan.
Polis masih memastikan sama ada pistol tersebut itu pistol betul atau palsu.
Katanya suspek juga menempelak pekerja yang mengangkat cermin yang menyimpan barang-barang kemas bagaimanapun tiada sebarang tembakan dilepaskan dalam tempoh kejadian,
Tambahnya,tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut dan kesemua suspek kemudiannya dipercayai melarikan diri dengan menggunakan motosikal. Sum berkata, kedai emas tersebut dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) dan pihaknya akan meneliti video rakaman bagi menyiasat dengan lebih lanjut kes rompakan yang pertama kali terjadi di kedai emas berkenaan.
Topic Berkaitan
#Jalan Sultan Iskandar
#kedai emas
#Sum Chang Keong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan