awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
Pas bakal putuskan status hubungan dengan Bersatu
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Emirates sambung semula penerbangan dari Kuala Lumpur

Bernama
Bernama
18/06/2020
19:59 MYT
Emirates sambung semula penerbangan dari Kuala Lumpur
Pelancong hanya akan diterima dalam penerbangan jika mereka memenuhi syarat kriteria kelayakan dan kemasukan negara destinasi mereka. -Gambar hiasan
Emirates akan menyambung semula penerbangannya untuk penumpang dari Kuala Lumpur, sejajar dengan pengumuman terkini oleh Kerajaan Persekutuan UAE untuk menarik balik sekatan ke atas perkhidmatan penumpang transit.
Dalam kenyataan pada Khamis, katanya pelancong dari Malaysia boleh dihubungkan ke mana-mana destinasi dalam rangkaian Emirates sebanyak 39 destinasi di GCC, Asia Pasifik, Eropah dan Amerika.
"Perkhidmatan untuk penumpang antara Dubai dan Kuala Lumpur, yang bermula pada 17 Jun, akan ditawarkan sebanyak dua kali seminggu pada Jun, dengan pesawat Boeing 777-300ER.
"Di Kuala Lumpur, pelanggan boleh menempah penerbangan di EK347 ke Dubai pada Rabu dan Sabtu, dan seterusnya ke destinasi yang terdapat dalam rangkaian Emirates," katanya.
Katanya sebanyak sembilan destinasi telah ditambah dalam jadual penerbangan Emirates termasuk Colombo (mulai 19 Jun), Istanbul (mulai 25 Jun); Auckland, Beirut, Hanoi dan Ho Chi Minh (mulai 1 Julai); serta Barcelona, Brussels dan Washington DC (mulai 15 Julai).
"Penerbangan Emirates dari Colombo dan Vietnam hanya membawa penumpang keluar ke UAE dan destinasi seterusnya. Penerbangan ke Beirut dan Hanoi adalah tertakluk kepada kelulusan kerajaan," katanya.
Selain itu, syarikat penerbangan juga akan menambah penerbangan ke Kuala Lumpur dan destinasi berikutnya pada Julai: London Heathrow, Manchester, Frankfurt, Paris, Zurich, Madrid, Amsterdam, Copenhagen, Dublin, New York JFK, Toronto, Singapura dan Hong Kong.
"Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai penerbangan Emirates dan perkhidmatan semasa di www.emirates.com/wherewefly. Dengan sekatan perjalanan yang masih terdapat di kebanyakan negara, pelanggan diingatkan untuk menyemak syarat masuk dan keluar sebelum memulakan perjalanan mereka," katanya.
Pelancong hanya akan diterima dalam penerbangan jika mereka memenuhi syarat kriteria kelayakan dan kemasukan negara destinasi mereka.
"Penduduk yang kembali ke UAE boleh menyemak syarat terkini di : https://www.emirates.com/my/english/help/flying-you-home/," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Emirates
#Kuala Lumpur
#penerbangan
#sambung semula
#UAE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan