JOHOR BAHRU: Empat ahli sindiket along termasuk seorang wanita hamil tiga bulan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan melakukan khianat dengan api terhadap empat mangsa, bulan lepas.
Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, Abdul Halim Md Noor, 31, Veeno Chiew Men Ying, 42, dan Nur Azman Hassan, 36, didakwa bersama-sama melakukan perbuatan itu bagi maksud hendak menyebabkan kebinasaan kediaman dan kenderaan tiga mangsa di sekitar Ulu Tiram dan Taman Abad, di sini, antara 10 Mac hingga 27 Mac lepas.
Pertuduhan kelima pula, Abdul Halim, Chiew dan Liew Choon Kian, 44, didakwa bersama-sama melakukan khianat dengan api bagi maksud hendak menyebabkan kerosakan kediaman seorang wanita di Ulu Tiram pada 15 Mac lepas.
Kesemua pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan Seksyen 436 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan 20 tahun masing-masing dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim membenarkan Abdul Halim dan Chiew masing-masing diikat jamin RM70,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan, manakala Nur Azman RM56,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan Liew RM14,000 dengan seorang penjamin bagi satu pertuduhan.
Empat tertuduh itu juga dikenakan syarat tambahan iaitu melapor diri di balai polis berhampiran setiap sebulan sekali, tidak mengganggu mangsa dan saksi-saksi pendakwaan selain menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Syafiqah Sha'ari dan Sharifah Natasha Syed Ahmad.
Peguam Nur Zafirah Norizan mewakili Abdul Halim, Chiew dan Nur Azman, manakala Liew diwakili peguam Adrian Lu Chian Chern dan Goh Poh Gek.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
Empat ahli sindiket along termasuk seorang wanita hamil tiga bulan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu. - Bernama
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Regu Malaysia muncul juara tewaskan Thailand 2-0
Stadium Titiwangsa menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia selepas menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF apabila menewaskan seteru utama 2-0.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Along letupkan kereta jurulatih renang depan rumah
Mangsa mahupun ahli keluarga menafikan memiliki musuh atau berhutang sepanjang tinggal di kawasan perumahan itu.
Dua along terbabit kes simbah cat merah ditahan
Polis menahan dua lelaki tempatan disyaki along bagi membantu siasatan kejadian simbahan cat merah di sebuah rumah, Khamis lepas.
Polis tahan lelaki dipercayai orang suruhan along terlibat kes khianat
Lelaki berumur 30-an yang ditahan di Sentul, Kuala Lumpur itu menerima upah hingga RM1,000 bagi setiap tugas yang diarahkan.
Polis bongkar aktiviti along Semenanjung guna geng di Sibu tagih hutang
Modus operandi pemberi pinjaman itu terbongkar berikutan penangkapan empat lelaki yang dipercayai anggota Geng Rosli.
Pinjam daripada yang berlesen, namun sengsara seolah berhutang along
Syarat ketat yang dikenakan KPKT ke atas syarikat PPW bersandarkan Akta 400 ternyata bukan penghalang bagi mereka menangguk di air keruh.
Lelaki jadi keldai akaun kepada along ditahan
Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Polis tahan lelaki dalam pesawat dipercayai terlibat kegiatan along
Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kegiatan along dalam sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini pada Rabu lepas.
Cermin kenderaan dipecah along, lima jiran rugi RM5,000
Menurut polis, selain insiden itu, mangsa turut menerima nota ugutan yang tertulis wang yang dihutang perlu dibayar.
Tiga lelaki 'upahan along' tarik kereta diberkas polis
Ketiga-tiga suspek ditahan di tiga lokasi berasingan di Butterworth, Seberang Jaya dan Kuala Kangsar bagi membantu siasatan.