awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India perkukuh CSP, dalami kerjasama semikonduktor, pendidikan
Keganasan tercetus dalam protes anti-ICE berhampiran Perkampungan Olimpik di Milan
Cuaca panas: Pentadbir sekolah diberi autonomi urus aktiviti, pakaian murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat cedera dalam insiden kebakaran bilik transformer di Petaling Jaya

Bernama
Bernama
31/12/2023
14:45 MYT
Empat cedera dalam insiden kebakaran bilik transformer di Petaling Jaya
Ketika pihak bomba tiba di lokasi kejadian pada 6.07 petang, api sedang merebak ke struktur bangunan bersebelahan. - Foto Bomba
KUALA LUMPUR: Empat lelaki dilaporkan cedera dalam insiden kebakaran sebuah bilik transformer di Zon Perindustrian Bebas Sungai Way di Petaling Jaya pada 5.53 petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata kesemua mangsa yang merupakan warga tempatan berusia lingkungan 22 hingga 52 tahun telah dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Mereka ialah Muhammad Adham Nor Zali, 22; Zaiful Amrun Mohd Zahar, 52; Nik Hafzan Ali, 34, dan Muhd Fauzi Abdul Rahim, 37.
"Ketika pihak bomba tiba di lokasi kejadian pada 6.07 petang, api sedang merebak ke struktur bangunan bersebelahan namun berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 44 minit kemudian dengan kekuatan 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya dan Subang Jaya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata kebakaran menyebabkan bilik transformer berkeluasan kira-kira 37 meter persegi itu musnah sepenuhnya.
Ketua Polis Petaling Jaya ACP Fakhrudin Abdul Hamid pula ketika dihubungi mengesahkan keempat-empat mangsa stabil dan hanya melecur anggota badan serta masih menerima rawatan di Hospital Shah Alam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#mangsa cedera
#bilik transformer
#bomba
#zon perindustrian bebas sungai way
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan