KUANTAN: Polis menahan empat lelaki termasuk seorang warga China yang disyaki terlibat dalam penipuan tawaran kerja dan urusan jual beli draf bank di Genting Highlands, Bentong.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata suspek yang berusia antara 21 hingga 32 tahun itu ditahan dalam operasi melibatkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bentong.
"Siasatan awal mendapati dua daripada suspek iaitu masing-masing warga tempatan dan China terlibat dalam kegiatan ini sejak enam bulan lalu, manakala dua lagi bekerja sebagai 'junket' di Genting Highlands berada di premis serbuan semasa tangkapan semalam (Ahad).
"Serbuan juga merampas sembilan unit telefon bimbit pelbagai jenama dan enam unit komputer riba," katanya menerusi kenyataan di sini semalam.
Ramli berkata pihaknya percaya penahanan itu akan membongkar lebih banyak kegiatan penipuan tawaran kerja dan jual beli draf bank di Pahang atau di negeri lain.
Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 15 2022
Polis percaya penahanan itu akan membongkar lebih banyak kegiatan penipuan tawaran kerja dan jual beli draf bank di Pahang atau di negeri lain. - Gambar hiasan
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Wanita rugi lebih RM260,000 angkara 'Love Scam'
Seorang wanita berputih mata selepas terjerat sindiket 'Love Scam' menyebabkan kerugian lebih RM260,000, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.
Guru rugi lebih RM160,000 terperdaya sindiket penipuan panggilan telefon
Seorang guru wanita kerugian lebih RM160,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan menerusi panggilan telefon, bulan lepas.
Guru rugi lebih RM130,000 terperdaya skim pelaburan, pinjaman tidak wujud
Seorang guru wanita kerugian lebih RM130,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan dan pinjaman tidak wujud menerusi media sosial.
Polis kesan ahli bersekutu sebuah pertubuhan guna Datuk palsu
Polis sedang berusaha mengesan seorang ahli bersekutu sebuah pertubuhan kerana dipercayai menggunakan gelaran Datuk palsu dari negeri Pahang.
Polis Pahang rekod 45 kes guru jadi mangsa penipuan babitkan kerugian RM1.2 juta
Polis Pahang merekodkan 45 kes guru yang menjadi mangsa penipuan melibatkan kerugian berjumlah RM1.2 juta dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.
Pegawai bank rugi lebih RM200,000 angkara 'phone scam'
Seorang pegawai bank kerugian RM260,400 selepas terperdaya dengan sindiket 'phone scam' atau penipuan melalui panggilan telefon.
Polis Pahang rekod 27 kes orang hilang sejak Januari
Polis Pahang merekodkan 27 kes orang hilang sejak Januari hingga Julai tahun ini, kata Ketua Polis negeri Datuk Seri Yahaya Othman.
Polis rampas lebih 21 kg syabu, mekanik diberkas
Polis berkata suspek dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk membeli dadah semasa ditahan dalam operasi kira-kira pukul 12.20 tengah hari.
Jumlah kerugian dalam kes-kes jenayah komersial di Pahang Jan-Jun meningkat berbanding tahun lepas
Jumlah kerugian dilihat meningkat daripada RM22.1 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun lepas kepada RM53.9 juta tempoh sama tahun ini.
Polis Pahang laksana Latihan Tembak Taktikal, perkasa keselamatan balai
Noor Hisam berkata, latihan yang dilaksanakan mengikut zon bermula 6 Jun hingga 12 Julai itu susulan beberapa insiden sebelum ini.