awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat individu ditahan miliki hidupan liar dilindungi

Bernama
Bernama
15/11/2017
00:30 MYT
Empat individu ditahan miliki hidupan liar dilindungi
Tenggiling merupakan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya. -Foto BERNAMA
Jabatan Hidupan Liar Sabah menahan empat individu kerana didakwa memiliki haiwan dan daging hidupan liar yang dilindungi.
Pengarah jabatan berkenaan, Augustine Tuuga berkata individu pertama, pemilik restoran tempatan ditahan selepas pegawai jabatan penguatkuasaan menemui daging spesies yang dilindungi, dipercayai babi berjanggut, keluang, musang dan tenggiling dalam peti sejuk restoran.
"Pemeriksaan di sekitar premis juga menemui dua ekor biawak benggala dan dua ekor ular sawa, disimpan dalam sangkar," kata Augustine dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata individu kedua dan ketiga, masing-masing berusia 60 dan 61 tahun ditahan di Sungai Udin semasa sekatan jalan di Jalan Kalabakan-Tawau pada 13 Nov.
Beliau berkata pemandu lori dan penumpangnya ditahan selepas pegawai penguatkuasa menemuI daging rusa dalam kenderaan mereka.
Individu keempat berusia 34 tahun ditahan di sekatan jalan yang sama selepas pegawai penguatkuasa menemukan daging, dipercayai daging rusa dalam kenderaan pacuan empat rodanya ketika dalam perjalanan dari Tawau ke Kalabakan.
Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 41(2) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#babi berjanggut
#Perhilitan
#peti sejuk
#Tawau
#tenggiling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan