KOTA BHARU: Seorang lelaki yang tersesat selama empat jam ditemui selamat di kaki Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai pada Ahad.
Mohd Faizal Hasim, 38, dikatakan mendaki gunung itu pada jam 9 pagi sebelum membuat panggilan kecemasan di talian 999 pada jam 10.45 pagi.
Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Jefre Che Harun berkata, seramai tujuh anggota bergegas ke gunung itu selepas dimaklumkan mangsa sesat seorang diri di hutan gunung berkenaan.
"Operasi turut dibantu empat anggota polis dan tiga malim gunung," katanya di sini pada Ahad.
Mohamad Jefre memaklumkan, sebelum kejadian lelaki itu dilaporkan menaiki kereta api dari Stesen Kereta Api Pasir Mas kira-kira jam 4.20 pagi dan tiba di Stesen Kereta Api Dabong pada jam 7 pagi.
Menurutnya, mangsa selepas itu singgah bersarapan di kawasan berdekatan.
"Difahamkan mangsa kemudian berjalan kaki sejauh lapan kilometer untuk mendaki Gunung Stong sementara menunggu ketibaan kereta api ke Kuala Lipis pada sebelah petang," katanya.
Mohd Faizal ditemui pada jam 12.40 tengah hari. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 19 2023
Mohd Faizal (dua, kiri) ditemui selamat di kaki Gunung Stong selepas sesat empat jam. - Foto ihsan JBPM
Dua anggota polis maut ditembak di Balai Polis Ulu Tiram
Seorang lagi lelaki yang dipercayai suspek juga meninggal dunia dalam kejadian sekitar pukul 2.54 pagi itu.
Penoreh getah menggeletar seluruh badan dimaklum jadi jutawan
Seorang penoreh getah terpilih menjadi jutawan Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (SSP) bagi tahun ini.
Gen Z mahu aturan kerja fleksibel
Sim berkata, yang penting ialah kerja dapat dilakukan dengan berkesan dan cekap, bukannya dalam jangka masa atau persekitaran ditetapkan.
Kelantan Darul Naim FC, GTR Burger jalin kerjasama pintar
Menurut kelab itu, pihak pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger pula pengerusinya, Nordin Mat.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Mei 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
- KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
- Pokok tumbang hempap 2 kereta, pemandu ditemui selamat
- Dr Dzulkefly arah tempat segera doktor pelatih ke hospital
#AWANInews #AWANIPagi
Tinjauan NHMS mendapati 10% rakyat Malaysia tidak dapatkan rawatan atas faktor kewangan
Sebanyak 12.9% melaporkan bahawa ia adalah kerana rawatan terlalu mahal, tidak mampu dibeli, atau kerana kekurangan wang.
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Empat jam sesat di Gunung Stong
Mohd Faizal dikatakan mendaki gunung itu pada jam 9 pagi sebelum membuat panggilan kecemasan di talian 999 pada jam 10.45 pagi.
JBPM bakal wujudkan Mocsar di Gunung Stong dan Gunung Tahan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bakal mewujudkan Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung dan Gua (Mocsar) di Gunung Stong, Kuala Krai dan Gunung Tahan, Pahang.
Gunung Stong bakal diiktiraf sebagai Geopark keenam di Malaysia - Takiyuddin
Gunung Stong dan kompleks Gua Ikan di Dabong, Kuala Krai bakal diiktiraf sebagai Geopark negara kerana nilai khazanah alam semulajadinya yang tidak ternilai.
Gunung Stong terima lebih 1,000 pengunjung pada hujung minggu
Situasi itu memberi kelegaan kepada pengusaha industri pelancongan selepas kehilangan pendapatan akibat pelaksanaan PKP.
Khazanah alam, spesies terancam di Gunung Stong dan Gua Ikan
Antaranya, kera duku atau sloth di Gua Ikan, burung kenyalang badak di Gunung Stong, serta siamang dan serangga unik yang berdepan kepupusan sekiranya tidak dipelihara.
JBPM Kelantan cadang perkenal SOP panjat gunung
Bomba Kelantan bakal tetapkan SOP untuk pendaki gunung dan peneroka gua di negeri berkenaan bagi memastikan keselamatan setiap peserta ekspedisi.
Tujuh peserta ekspedisi ditemui selamat - Bomba
Tujuh peserta ekspedisi yang dilaporkan tersesat ketika merentasi Gunung Stong dan Gunung Basur, Jeli, dua hari lalu ditemui selamat.
Mayat pelajar Singapura jatuh gunung berjaya ditemui
Mayat pelajar Universiti Kebangsaan Singapura yang hilang selepas tergelincir dari tebing Gunung Stong, Dabong, Kuala Krai.