awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat kawasan di Pahang dilanjutkan PKPD - MKN

Astro Awani
Astro Awani
16/09/2021
11:28 MYT
Empat kawasan di Pahang dilanjutkan PKPD - MKN
Empat lokaliti berkenaan, ialah - Kampung Kuala Terboi, Kampung Pian, dan Kampung Lubok Wong Di Temerloh, serta Penjara Penor di Kuantan. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Tiada kawasan baharu yang dikenakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hari ini.
Namun, berdasarkan kenyataan di Facebook Rasmi Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Datuk Rodzi Md Saad, sebanyak empat lokaliti di Pahang dikenakan arahan pelanjutan PKPD.
Empat lokaliti berkenaan, ialah - tiga Perkampungan Orang Asli iaitu Kampung Kuala Terboi, Kampung Pian, dan Kampung Lubok Wong Di Temerloh, serta Penjara Penor di Kuantan.
Sumber Facebook KPMKNJPM
Tarikh tamat PKPD berkenaan sepatutnya pada 17 September, dilanjutkan sehingga 1 Oktober, 2021.
Dalam pada itu, Rodzi berkata, sebanyak enam lokaliti, iaitu masing-masing dua di Sabah, Kelantan, dan Pahang, akan ditamatkan arahan PKPD berkuat kuasa Jumaat.
Lokaliti berkenaan ialah Taman Keramat dan Angkasa Apartment di Kota Kinabalu, Sabah; Perkampungan Orang Asli Kampung Biau dan Kampung Batang di Gua Musang, Kelantan; serta Rumah Kongsi Pinggiran Goh di Kuantan, dan Sempalit, di Mukim Gali, Raub, Pahang.
Topic Berkaitan
#PKPD
#COVID-19
#MKN
#ketua pengarah MKN
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan