awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat kawasan di Sabah berdepan hujan lebat berterusan hingga Jumaat

Astro Awani
Astro Awani
14/01/2021
03:58 MYT
Empat kawasan di Sabah berdepan hujan lebat berterusan hingga Jumaat
METMalaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk di beberapa kawasan di Sabah melibatkan Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan.
KOTA KINABALU:Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk di beberapa kawasan di Sabah melibatkan Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan.
Ia akan menyaksikan hujan lebat dijangka berterusan sehingga Jumaat, 15 Januari.
Dalam entri terbaharu METMalaysia di laman Facebooknya jam 11.30 pagi Khamis, beberapa lagi kawasan di Sabah dan Sarawak akan mengalami hujan lebat.
Sumber Facebook malaysiamet
Ia meliputi sepanjang kawasan pesisir pantai Laut China Selatan bagi kedua-dua negeri itu.
Amaran cuaca waspada di Sarawak dikeluarkan bagi kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.
Manakala bagi Sabah melibatkan Kudat yang bakal menyaksikan hujan lebat sehingga Jumaat.
Beberapa kawasan lain di Sarawak seperti Bintulu, Miri dan Limbang dan Sabah di bahagian pedalaman serta Pantai Barat dikeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan dijangka berlaku sehingga Ahad.
Ia turut melibatkan Labuan.
Topic Berkaitan
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#MetMalaysia
#amaran cuaca buruk
#amaran waspada
#hujan lebat
#Telupid
#Kinabatangan
#Beluran
#Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan