awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didenda RM20,000 miliki kad ATM orang lain
CIA henti terbit 'World Factbook' selepas 60 tahun
Tengku Muhammad Fauzi terajui Markas Angkatan Bersama, Zahani dilantik CEO MiDAS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat kenderaan rosak dihempap pokok tumbang di Pandan

Bernama
Bernama
27/11/2022
09:55 MYT
Empat kenderaan rosak dihempap pokok tumbang di Pandan
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kedua-dua kejadian berkenaan. - Gambar/ JBPM
KUALA LUMPUR: Empat kenderaan rosak apabila dihempap pokok tumbang di Apartmen Pandan Jaya dan di Jalan Pandan di sini berikutan hujan lebat dan angin kencang, petang ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kedua-dua kejadian berkenaan.
"Pihak bomba menerima panggilan kejadian pertama pada 3.13 petang dan tiba di lokasi kejadian di Jalan Pandan 2/3 Pandan Jaya 10 minit kemudian dan mendapati terdapat sebatang pokok tumbang menghempap dua motosikal yang diletakkan di bawah pokok berkenaan.
"Panggilan kedua diterima pada 3.38 petang melaporkan terdapat pokok tumbang di Apartmen Pandan Jaya yang menghempap sebuah kereta Proton Waja dan sebuah van Nissan Vanette di bawah pokok berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Norazam berkata kerja mengalihkan pokok tumbang di kedua-dua lokasi berkenaan selesai dilakukan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ribut pandan
#Pokok tumbang
#PANDAN
#kereta rosak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan