awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat kereta musnah terbakar di parkir rumah pangsa di Kuala Lumpur

Sinar Harian
Sinar Harian
26/11/2021
14:40 MYT
Empat kereta musnah terbakar di parkir rumah pangsa di Kuala Lumpur
Bomba menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 4.04 petang. - Gambar/ JBPM
KUALA LUMPUR: Empat buah kereta musnah dalam kebakaran di tempat letak kenderaan di Rumah Pangsa Taman Melati, Wangsa Maju di sini pada petang Jumaat.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Zaid Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 4.04 petang.
"Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju serta bantuan dari BBP Setapak kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Kejadian melibatkan kebakaran empat buah kereta yang diletakkan di bawah khemah kawasan tempat letak kenderaan di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Katanya, pihaknya kemudian menjalankan kerja-kerja memadamkan kebakaran.
"Kebakaran melibatkan kereta jenis Proton Persona yang terbakar 100 peratus, Mercedes-Benz terbakar 100 peratus, Perodua Kancil terbakar 60 peratus dan Nissan Almera terbakar 30 peratus.
"Tiada mangsa yang terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian: Empat kereta musnah terbakar di parkir rumah pangsa
Topic Berkaitan
#kereta terbakar
#Wangsa Maju
#Rumah Pangsa Taman Melati
#khianat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan