Empat kluster ditamatkan hari ini selepas tiada kematian dicatatkan dan tiada penularan berlaku. Bagaimanapun, 11 kes baharu dilaporkan dengan sembilan daripadanya merupakan jangkitan tempatan.

Ini lima tumpuan utama dalam sidang media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Selasa:

1) 11 kes baharu dicatatkan, sembilan kes jangkitan dalam negara dan dua kes import.

2) Lapan kes sembuh menjadikan kes kumulatif sembuh sepenuhnya 8,971 kes bersamaan 96.6 peratus dari keseluruhan kes.

3) Lima pelajar sekolah disahkan positif COVID-19 dari Kluster Tawar di Kedah

4) Kluster Sentosa, Kluster Satok, PUI Melbourne dan Kluster Kejuruteraan Kuching disahkan tamat hari ini.

5) Lapan pesakit ditempatan di Unit Rawatan Rapi dan enam daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.