awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
Dakwaan dipukul polis, kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Pendakwaan Selangor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lagi individu ditahan bantu siasatan kematian model Estonia

Bernama
Bernama
16/07/2014
00:53 MYT
Empat lagi individu ditahan bantu siasatan kematian model Estonia
Model warga Estonia, Regina Soosalu yang ditemui mati di Pulau Rawa.
Polis Johor menahan empat lagi individu bagi membantu siasatan kes kematian model warga Estonia, Regina Soosalu di Pulau Rawa, Mersing pada 1 Julai lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Johor Datuk Hasnan Hassan berkata tangkapan itu membabitkan tiga lelaki dan seorang wanita berumur di antara 24 hingga 27 tahun.
Mereka ditahan kerana mempunyai sebab-sebab yang munasabah untuk membantu siasatan polis dalam kes ini, katanya di dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata sejak Ahad hingga hari ini, polis telah membebaskan tiga individu yang ditahan sebelum ini selepas percakapan mereka direkod.
Bagaimanapun, dua lelaki masih ditahan polis.
Hasnan juga meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan pihak polis selesai dan meminta sebarang maklumat disalurkan kepada Bilik Gerakan Polis Johor di talian 07-2212999.
Topic Berkaitan
#Hasnan Hassan
#model Estonia
#Regina Soosalu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan