awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat laporan polis terhadap JAHEAIK

Bernama
Bernama
11/09/2018
20:41 MYT
Empat laporan polis terhadap JAHEAIK
Din berkata kesemua laporan polis itu dibuat secara berasingan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada 2 dan 3 Sept lepas. - Gambar fail
Empat laporan polis dibuat terhadap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), dipercayai susulan operasi jabatan berkenaan terhadap sekumpulan individu didakwa pengikut Syiah pada 30 Ogos lepas.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan tersebut.
Beliau berkata kesemua laporan polis itu dibuat secara berasingan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada 2 dan 3 Sept lepas.
"Berdasarkan laporan dibuat, kita mendapati pihak berkenaan menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap JAHEAIK selain beberapa individu tersebut kesal dituduh pengikut Syiah.
"Bagaimanapun, kesemua laporan yang diterima, kita rujuk kepada JAHEAIK untuk apa-apa tindakan susulan selepas ini," katanya.
Pada 30 Ogos lalu, JAHEAIK menyerbu sebuah premis dipercayai menjadi markas pengikut Syiah dan menahan 43 individu, termasuk kanak-kanak dalam satu operasi di Jalan Sri Cemerlang di sini.
Serbuan bermula 10.30 malam itu dilakukan sepasukan kakitangan JAHEAIK yang disertai sepasukan anggota polis bagi mengawal keselamatan kakitangan agensi berkenaan.
Mengikut maklumat, sekumpulan lelaki dan wanita dikatakan sedang mengadakan satu upacara keagamaan yang meragukan dan bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Din Ahmad
#IPD Kota Bharu
#Islam
#JAHEAIK
#Kelantan
#markas
#operasi
#polis
#Syiah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan