awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lelaki cuba samun rumah pegawai kanan polis berpangkat Datuk

Bernama
Bernama
13/06/2014
12:46 MYT
Empat lelaki cuba samun rumah pegawai kanan polis berpangkat Datuk
Mohd Bakri Zinin - Gambar Fail
Niat empat lelaki dipercayai untuk menyamun rumah seorang pegawai kanan polis berpangkat datuk di Damansara di sini hari ini tidak kesampaian, selepas dikejutkan dengan satu das tembakan.
Menurut sumber polis, dalam kejadian 7 pagi itu, empat lelaki dipercayai warga Indonesia menaiki dua motosikal, berlegar-legar di hadapan pagar rumah pegawai polis berkenaan.
Dua anggota polis kemudiannya menghampiri kumpulan lelaki itu sebelum seorang daripada kumpulan lelaki itu mengeluarkan objek dipercayai senjata api.
Anggota polis berkenaan bertindak melepaskan satu das tembakan amaran menyebabkan kumpulan penjenayah itu melarikan diri.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Zinin ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.
Topic Berkaitan
#jenayah
#Mohd Bakri Zinin
#polis
#rompak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan