awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lelaki diberkas disyaki terlibat kes pemerasan

Sinar Harian
Sinar Harian
15/02/2022
23:52 MYT
Empat lelaki diberkas disyaki terlibat kes pemerasan
Siasatan awal mendapati suspek telah meminta wang perlindungan setiap bulan dengan jumlah bayaran seikhlas hati. -Gambar hiasan/Bernama
AMPANG: Seramai empat lelaki diberkas kerana disyaki melakukan pemerasan dengan meminta wang perlindungan bulanan di sebuah restoran di Taman Melawati di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua lelaki berusia 27 hingga 44 tahun ditahan di restoran berkenaan pada hari sama.
"Kita telah merampas tiga buah telefon bimbit, sebuah kereta bersama kunci dan satu sampul yang mengandungi wang tunai yang disyaki wang perlindungan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mohamad Farouk berkata, siasatan awal mendapati suspek telah meminta wang perlindungan setiap bulan dengan jumlah bayaran seikhlas hati.
"Hasil semakan lanjut mendapati salah seorang suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau.
"Keempat-empat suspek mengaku melakukan pemerasan," katanya.
Beliau memberitahu, kesemua mereka telah direman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#wang perlindungan bulanan
#Taman Melawati
#Mohamad Farouk Eshak
#pemerasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan