awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lelaki ditahan bantu kes culik anak Datuk

Bernama
Bernama
12/07/2016
13:56 MYT
Empat lelaki ditahan bantu kes culik anak Datuk
Remaja itu dilaporkan diculik sekumpulan lelaki ketika bermain bersama beberapa rakannya di taman permainan berkenaan kira-kira pukul 3 petang. - Gambar hiasan
Polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes seorang remaja lelaki berusia 13 tahun diculik di kawasan taman permainan berhampiran rumahnya di sini pada 29 Jun lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Razaruddin Hussain @ Abdul Rashid berkata keempat-empat lelaki berusia 20-an itu ditahan di sekitar daerah Seberang Perai Tengah sejak Isnin hingga awal pagi Selasa.
Remaja yang merupakan anak seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' itu selamat dan dibebaskan setelah wang tebusan dibayar, katanya yang enggan mendedahkan jumlah wang yang dibayar.
Beliau berkata remaja itu dilaporkan diculik sekumpulan lelaki ketika bermain bersama beberapa rakannya di taman permainan berkenaan kira-kira pukul 3 petang.
"Dua lelaki turun daripada kereta dan menarik remaja itu ke dalam kenderaan tersebut sebelum mereka memecut meninggalkan kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.
Razaruddin berkata kejadian itu disedari orang ramai yang berada di kawasan berkenaan dan mereka cuba membantu dengan mengejar kereta suspek tetapi gagal.
Susulan itu polis melancarkan operasi dan berjaya menemui semula pelajar tingkatan satu berkenaan di kawasan Alma kira-kira pukul 11 malam hari yang sama, katanya.
Beliau berkata polis sedang mengesan beberapa lagi suspek termasuk dalang utama kes itu.
Topic Berkaitan
#culik
#Jabatan Siasatan Jenayah
#Razaruddin Hussain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan