awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lelaki ditahan curi kabel TM di Sungai Siput

Bernama
Bernama
30/08/2024
15:50 MYT
Empat lelaki ditahan curi kabel TM di Sungai Siput
Polis menahan empat lelaki tempatan disyaki terbabit dengan aktiviti mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di kawasan Kampung Temin, Sungai Siput (U) hari ini. - Foto hiasan
IPOH: Polis menahan empat lelaki tempatan disyaki terbabit dengan aktiviti mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di kawasan Kampung Temin, Sungai Siput (U) hari ini.
Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata kesemua suspek yang berusia lingkungan 26 hingga 45 tahun itu diberkas hasil maklumat orang awam jam 5.30 pagi tadi.
" Hasil pemeriksaan awal juga berjaya menemukan empat keratan kabel dan beberapa peralatan digunakan untuk mencuri kabel serta sebuah kereta jenis Proton Saga FLX," klatanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan kini direman empat hari bermula hari ini sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952..
Menurutnya sepanjang tempoh Januari lalu hingga sekarang, 17 suspek termasuk seorang warga asing ditangkap kerana disyaki terbabit dengan kegiatan mencuri kabel di daerah Sungai Siput.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Curi Kabel
#ditahan
#kabel TM
#Sungai Siput
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan