awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lelaki tempatan ditahan disyaki menyamar anggota Imigresen

Bernama
Bernama
20/01/2019
01:04 MYT
Empat lelaki tempatan ditahan disyaki menyamar anggota Imigresen
Kumpulan itu telah melakukan kegiatan tersebut beberapa kali dan modus operadinya adalah dengan menyasarkan kedai runcit. - Gambar hiasan
Jabatan Imigresen Malaysia menahan empat lelaki tempatan yang disyaki menyamar sebagai anggotanya di Putrajaya.
Pengarah Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Jabatan itu, M. Saravana Kumar berkata kesemua suspek berusia 27 hingga 34 tahun ditahan semalam selepas berurusan dengan seorang majikan.
"Siasatan awal mendapati suspek telah menjalankan operasi haram serta menangkap pekerja asing sebelum meminta atau menerima suapan daripada majikan pekerja. Suapan adalah bagi bayaran melepaskan pekerja asing itu," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata pihaknya percaya kumpulan itu telah melakukan kegiatan tersebut beberapa kali dan modus operadinya adalah dengan menyasarkan kedai runcit.
"Mereka juga akan menggunakan peralatan seperti gari dan baju seumpama anggota Imigresen selain majikan akan diarahkan untuk berjumpa mereka di jalan sekitar pejabat Imigresen untuk urusan melepaskan pekerja asing.
Beliau berkata kesemua suspek diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Imigresen
#jenayah
#m saravana kumar
#menyamar
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan