awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lelaki terlibat sindiket dadah di Pulau Pinang diberkas polis

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
10/05/2021
09:11 MYT
Empat lelaki terlibat sindiket dadah di Pulau Pinang diberkas polis
Suspek pertama ditahan selepas polis menemui 24 gram (g) dadah dipercayai heroin dan 21.26g pil erimin 5 dianggarkan bernilai RM2,040. - Foto PDRM
BUTTERWORTH: Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terlibat dengan sindiket pengedaran dadah di Pulau Pinang.
Keempat-empat lelaki berusia 35 hingga 48 tahun itu ditahan dalam dua serbuan di kawasan Tasek Gelugor, awal pagi Isnin.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, ketika ditahan suspek dipercayai dalam perjalanan untuk melakukan kegiatan mengedar dadah.
"Suspek pertama ditahan selepas polis menemui 24 gram (g) dadah dipercayai heroin dan 21.26g pil erimin 5 dianggarkan bernilai RM2,040.
"Manakala dalam serbuan kedua pula, polis menemui 24.53g heroin dan 14.42g syabu dianggarkan bernilai RM2,304," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Noorzainy berkata, ujian saringan air kencing ke atas kesemua suspek mendapati mereka positif dadah.
Kesemua mereka juga memiliki rekod lampau berkaitan dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Topic Berkaitan
#sindiket
#pengedaran dadah
#pulau pinang
#tasek gelugor
#Polis Daerah Seberang Perai Utara
#Akta Dadah Berbahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan