awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
OneXSugar Wallet jadi konsol mudah alih pertama dengan skrin lipat
Alam Flora kutip 3.2 tan sampah di KL pada sambutan Ambang Tahun Baharu
Johor perhebat penganjuran lebih 100 program pelancongan sempena VJY2026 dan TMM2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat lokasi sekitar ibu negara terjejas akibat pokok tumbang

Bernama
Bernama
25/05/2024
13:07 MYT
Empat lokasi sekitar ibu negara terjejas akibat pokok tumbang
Antara kawasan utama yang terjejas berlakunya pokok tumbang adalah di kawasan Taman Tun Dr Ismail dan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. - Foto APM
KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima empat panggilan kecemasan berhubung kejadian pokok tumbang di ibu negara akibat ribut serta hujan lebat petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan panggilan kecemasan itu bermula dari 6.20 petang hingga 7 malam.
Menurut kenyataan itu, kejadian pokok tumbang di Lot 5746, Jalan Klang Lama menyebabkan empat lori tiga tan dihempap manakala laluan utama di First Residential College Universiti Malaya telah terhalang selepas pokok tumbang menghempap tiang elektrik di kawasan berkenaan.
"Seterusnya di Trellises Apartment, Taman Tun Dr Ismail dan Jalan Long Yew Koh sebatang pokok tumbang menghalang laluan utama di kedua-dua lokasi.
"Kawasan utama yang terjejas berlakunya pokok tumbang adalah di kawasan Taman Tun Dr Ismail dan Universiti Malaya, Kuala Lumpur," katanya.
Kenyataan itu memaklumkan kerja-kerja pemotongan serta pembersihan pokok tumbang dilakukan bersama pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan tiada mangsa terlibat dalam semua kejadian tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#Kuala Lumpur
#Pokok tumbang
#kecemasan
#ribut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan