awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Tangan kami terlepas...saya yang lemas, dia yang meninggal dunia'
Seorang maut, 26 cedera dalam nahas 50 kenderaan di lebuh raya Jepun
Papa Zola The Movie guna dialek negeri tarik penonton ke pawagam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat maut dalam kemalangan tujuh kenderaan

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
13/07/2022
10:26 MYT
Empat maut dalam kemalangan tujuh kenderaan
Pasukan penyelamat mengeluarkan mangsa daripada salah sebuah kenderaan sedan yang terlibat dalam kemalangan Kilometer (km) 277.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, di Ipoh, pada Rabu. - Gambar ihsan Bomba
IPOH: Seorang lelaki dan tiga wanita maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer (km) 277.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, di sini, pada Rabu.
Jurucakap Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya menerima panggilan kecemasan pada 3.02 petang tadi sebelum dikerahkan ke lokasi.
"Setibanya jentera di lokasi mendapati kemalangan melibatkan tujuh buah kenderaan iaitu sebuah treler dan enam buah kereta sedan.
"Terdapat empat orang mangsa tersepit iaitu seorang lelaki dan tiga wanita. Anggota bomba mengeluarkan kesemua mangsa dan telah disahkan maut oleh petugas kesihatan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.
Dalam masa sama, jurucakap itu memberitahu, JBPM telah menyerahkan kesemua mangsa kepada polis dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 4.16 petang.
Sementara itu, Plustrafik dalam hantaran di laman Twitter melaporkan, kejadian kemalangan berkenaan telah mengakibatkan semula lorong terhalang dan trafik tidak bergerak sepanjang 7 km.
Bagaimanapun, kesemua lorong telah dibuka semula dan trafik kembali lancar 45 minit selepas itu.
Topic Berkaitan
#empat maut
#kemalangan
#tujuh kenderaan
#Lebuhraya Utara Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan