awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat pekerja melecur akibat letupan di kilang

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
15/01/2020
14:52 MYT
Empat pekerja melecur akibat letupan di kilang
KEadaan salah satu bahagian kilang yang rosak selepas insiden letupan. - JBPM
Empat pekerja sebuah kilang elektrik di Persiaran Jubli, Seksyen 22, Shah Alam, Selangor, mengalami kecederaan selepas satu letupan berlaku pada premis tersebut, pada petang Rabu.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor menerima panggilan pada 5.16 petang sebelum menghantar 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam ke tempat kejadian.
"Setibanya di lokasi, pihak bomba mendapati letupan berlaku di dalam bangunan dan mengakibatkan kebakaran di tingkat satu.
"Anggota berjaya mengawal kebakaran beberapa minit kemudian sebelum," katanya.
Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata, empat pekerja kilang warga tempatan berumur lingkungan 40an melecur di beberapa bahagian badan.
"Seorang mangsa melecur 75 peratus manakala tiga lagi melecur 50 peratus dan kesemua mangsa telah dihantar ke hospital berdekaran untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Punca kejadian masih dalam siasatan," jelasnya.
Topic Berkaitan
#BBP shah alam
#bomba
#JBPM Selangor
#kilang elektrik
#kilang meletup
#kilang shah alam
#shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan