awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat pelajar perempuan hilang di madrasah ditemui selamat

Astro Awani
Astro Awani
16/01/2016
14:42 MYT
Empat pelajar perempuan hilang di madrasah ditemui selamat
Empat pelajar perempuan sebuah Madrasah di Pulai, Melaka yang dilaporkan hilang, ditemui kembali hari ini. - Foto Astro AWANI
Selepas kurang dari enam jam pendedahan oleh Astro AWANI berhubung empat pelajar perempuan sebuah Madrasah di Pulai, Melaka yang dilaporkan hilang pada petang Khamis, kesemua mereka berjaya ditemui.
Mereka ditemui oleh pihak di kawasan Pantai Klebang, Melaka sekitar jam 2 pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Sampornak Ismail, keempat-empat mereka dijumpai oleh pasukan polis serta ibu bapa mereka yang meronda bersama di kawasan tersebut.
Sampornak berkata, ketika ditemui, mereka sedang berlegar-legar di sekitar kawasan Pantai Klebang bersama seorang lelaki yang dipercayai merupakan teman lelaki kepada salah seorang daripada mereka.
Jelasnya, keempat-empat pelajar itu berusia di antara 13 dan 16 tahun itu berada dalam keadaan selamat dan terus dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Jasin untuk siasatan lanjut.
Katanya, setelah menjalankan siasatan, pihaknya mendapati tiada unsur jenayah berlaku dan kesemua mereka telah diserahkan ke pangkuan keluarga masing-masing.
Sementara itu, penyelia asrama yang juga merupakan salah seorang tenaga pengajar di madrasah berkenaan, Sofia Ibrahim, 26, berkata, pihak Madrasah telah dimaklumkan oleh pihak polis lewat pagi tadi berhubung keempat-empat pelajar mereka.
Katanya, selaku penyelia asrama, beliau bersyukur kesemua pelajar ini dijumpai selamat dan buat masa ini mereka dibenarkan pulang ke rumah keluarga masing-masing dan diberikan cuti untuk seketika.
Topic Berkaitan
#empat pelajar
#hilang
#madrasah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan