awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat pemancing dihanyutkan lapan batu nautika selepas enjin bot rosak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
18/02/2020
14:37 MYT
Empat pemancing dihanyutkan lapan batu nautika selepas enjin bot rosak
Bot mangsa ditemui pada kedudukan lapan batu nautika - APMM
Empat pemancing terpaksa mengharungi saat paling mencemaskan selama lima apabila dihanyutkan sejauh lapan batu nautika di Perairan Kuala Kurau selepas enjin bot mereka mengalami kerosakan petang Selasa.
Menceritakan detik mencemaskan itu, tekong bot, Ibrahim Mohamud, 65, berkata, ketika kejadian, dia dan tiga rakannya yang berusia antara 35 hingga 67 tahun sedang memancing di kedudukan 18 batu nautika sekitar jam 12 tengah hari.
Bagaimanapun, sewaktu hendak mengubah kedudukan memancing, enjin bot yang mereka naiki mengalami kerosakan.
Menurutnya, mereka semakin cemas apabila bot dinyutkan arus sehingga kami tidak tahu di mana kedudukan sebenar mereka berada.
"Jenuh kami melambai lima buah bot yang lalu lalang berhampiran, namun mereka tidak berhenti mungkin kerana faktor cuaca yang menjejaskan pandangan mereka,” katanya di sini.
Ibrahim berkata, mereka hanya mampu berdoa supaya ada bantuan menyusul.
Penantian mereka berakhir kira-kira jam 5.45 petang, apabila pihak Jabatan Perikanan serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Malaysia (APMM) Pengkalan Kuala Kurau, datang menyelamatkan mereka.
Ketua Pengkalan Jabatan Perikanan Kuala Kurau, Nazri Mohd Noh, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu sekitar jam 5 petang dari nelayan tempatan dan segera menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
Menurutnya, bot mangsa ditemui pada kedudukan lapan batu nautika di Perairan Kuala Kurau dan keadaan mereka pada waktu itu lengkap memakai jaket keselamatan.
Mangsa dan bot segera dibawa ke jeti pengkalan untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#APMM
#bot hanyut
#Maritim Malaysia
#parit buntar
#pemancing hanyut
#perairan kuala kurau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan