awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
'Rembo Melaka' mohon maaf, kes saman fitnah Mohd Na'im selesai
Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan–Cortina bermula dengan upacara pembukaan penuh warna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat penumpang tersepit, kemalangan bas dan treler

Aida Aziz
Aida Aziz
31/01/2019
13:41 MYT
Empat penumpang tersepit, kemalangan bas dan treler
Anggota bomba telah mengeluarkan empat orang mangsa iaitu satu lelaki dan tiga perempuan, dengan bantuan dari Angkatan Pertahanan Awam, pihak hospital dan polis. - JBPM
Empat penumpang tersepit manakala 13 lagi cedera apabila bas yang dinaiki mereka dipercayai merempuh sebuah treler di Kilometer (Km) 305 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, di sini pada petang Khamis.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, 16 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng dan Tapah dikejarkan ke tempat kejadian dan berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam bas.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tapah, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Ahmad Noor Syamsi Zainoldin, bas yang membawa 29 orang penumpang itu telah melanggar treler dari arah belakang.
"Anggota bomba telah mengeluarkan empat orang mangsa iaitu satu lelaki dan tiga perempuan, dengan bantuan dari Angkatan Pertahanan Awam, pihak hospital dan polis.
"Keseluruhan mangsa yang cedera seramai 17 orang termasuk pemandu bas dan jumlah penumpang seramai 29 orang. Mangsa yang cedera sudah dibawa ke hospital dengan ambulans," katanya dalam satu kenyataan.
Topic Berkaitan
#bas
#kemalangan
#lebuh raya
#treler
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan