awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat rakyat Malaysia antara 10 ditahan di Sri Lanka kerana penipuan kewangan dalam talian

Bernama
Bernama
16/10/2024
12:40 MYT
Empat rakyat Malaysia antara 10 ditahan di Sri Lanka kerana penipuan kewangan dalam talian
Menurut polis, tangkapan dibuat selepas pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Bahagian Puttalam bertindak atas maklumat berhubung aktiviti mencurigakan di sebuah hotel. - Unsplash
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Sri Lanka telah menahan 10 warga asing kerana disyaki terlibat dalam penipuan kewangan berasaskan internet, susulan serbuan di sebuah hotel di bandar pantai Chilaw pada Selasa.
Menurut polis, tangkapan dibuat selepas pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Bahagian Puttalam bertindak atas maklumat berhubung aktiviti mencurigakan di sebuah hotel di Iranavila Road.
Kumpulan yang ditahan termasuk empat lelaki warga Malaysia, tiga lelaki warga Ethiopia dan seorang wanita, seorang wanita warga Kenya, serta seorang lelaki warga China, menurut kenyataan polis yang dimuat naik di laman Facebook rasmi mereka pada Rabu.
Polis menyatakan bahawa dalam serbuan itu, pihak berkuasa merampas sejumlah besar peralatan elektronik yang dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah berkenaan, termasuk 20 komputer, tiga penghala, dan 282 telefon bimbit.
Unit Siasatan Jenayah Bahagian Puttalam sedang menjalankan siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sri Lanka
#rakyat Malaysia
#penipuan kewangan
#penipuan dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan