Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Empat remaja dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Pantai Tanjung Lompat

TB_REMAJA LEMAS PENAWAR_JBPM
Maklumat awal daripada orang awam memaklumkan enam remaja lemas ketika menjalankan aktiviti mandi-manda di pantai berkenaan. - Foto JBPM
Advertisement

KOTA TINGGI: Empat remaja berusia 16 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Pantai Tanjung Lompat, Tanjung Balau, Penawar, di sini pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Muhammad Adib Tarmuzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.19 pagi sebelum jentera tiba di lokasi 11 minit kemudian.

Katanya maklumat awal daripada orang awam memaklumkan enam remaja lemas ketika menjalankan aktiviti mandi-manda di pantai berkenaan.

Daripada jumlah itu, dua mangsa berjaya diselamatkan orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

Manakala, empat lagi mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari serta menyelamat masih dijalankan.

Image
INSERT_REMAJA LEMAS PENAWAR_JBPM
Dua mangsa berjaya diselamatkan orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi. - Foto JBPM

Muhammad Adib berkata, kesemua mangsa merupakan kumpulan 15 remaja yang datang berkelah di Tanjung Lompat sejak jam 6.30 petang pada Selasa.

Operasi melibatkan enam anggota BBP penawar dengan sebuah jentera FRT.
 

Must Watch Video

Advertisement