SHAH ALAM: Empat maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke bawah jejambat Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan terbakar sepenuhnya di Jalan Teratai Batu 10 Kampung Kebun Bharu, Telok Panglima Garang awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.10 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Telok Panglima Garang bergegas ke lokasi kejadian.
“Selepas selesai pemadaman sebuah kereta Mercedes didapati terdapat empat mangsa yang tidak diketahui identiti dan jantina.
“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa telah selesai dilaksanakan dan seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 01 2021
Selepas selesai pemadaman sebuah kereta Mercedes didapati terdapat empat mangsa yang tidak diketahui identiti dan jantina. - Gambar hiasan
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Tanah runtuh Batang Kali: Mayat ahli keluarga ditemui berpelukan
Seorang pegawai bomba yang menyertai operasi SAR itu berkata, operasi disertainya jam 6 pagi itu menemui beberapa mayat telah tertimbus.
Empat rentung kenderaan terbabas ke bawah jejambat sebelum terbakar
JBPM Selangor terima panggilan kecemasan pada 1.10 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Telok Panglima Garang bergegas ke lokasi kejadian.