awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat sekeluarga nyaris maut, pacuan empat roda rempuh rumah

Sinar Harian
Sinar Harian
22/09/2024
21:15 MYT
Empat sekeluarga nyaris maut, pacuan empat roda rempuh rumah
Keadaan rumah yang dirempuh pacuan empat roda di Kampung Beruang, Tawau, pada Ahad. - Foto Sinar Harian
TAWAU: Empat sekeluarga nyaris maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan lalu merempuh sebuah rumah di Kampung Beruang, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, dua mangsa iaitu wanita berusia 49 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun mengalami kecederaan masing-masing pada muka dan tangan manakala dua lagi iaitu lelaki warga emas berusia 68 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun tidak cedera.
Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Rastam Keladi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.02 petang.
Katanya, seramai sembilan anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 32 kilometer dari BBP Tawau.
"Kemalangan melibatkan pacuan empat roda jenis Isuzu Bighorn dan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza.
"Dalam kejadian itu, pacuan empat roda telah merempuh sebuah rumah jenis kekal dan menyebabkan kerosakan pada struktur rumah tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Tambah Rastam lagi, terdapat lima mangsa yang terlibat dan pasukan bomba bertindak mengeluarkan kesemua mereka untuk diberi rawatan awal.
"Terdapat dua mangsa diberi rawatan awal sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan untuk dihantar ke hospital bagi rawatan lanjut.
"Tiga lagi mangsa termasuk pemandu Perodua Alza lelaki berusia 25 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Tawau
#pacuan empat roda rempuh rumah
#bomba
#empat sekeluarga nyaris maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan