CANBERRA: Empat sekeluarga berjaya diselamatkan selepas lima hari terkandas di pedalaman Australia.
Keluarga Zavros diselamatkan pada petang Selasa menggunakan helikopter penyelamat dan dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.
Ori dan Lindsey Zavros serta dua anak mereka, Zane dan Zoe, terkandas di Gurun Simpson di pedalaman Australia Selatan sejak hari Jumaat apabila van kembara mereka terbenam dalam lumpur berikutan hujan lebat.
Sebaik sahaja tiba di Coober Pedy, sebuah bandar perlombongan 850 km ke utara Adelaide, Ori Zavros berkata keluarganya "selamat".
"Ia agak sukar tetapi kami berjaya melaluinya," lapor Xinhua memetik Australian Broadcasting Corporation (ABC).
"Kami bimbang akan terperangkap di sana selama beberapa minggu dalam keadaan cuaca panas."
Keluarga itu mengembara ke seluruh Australia dengan van kembara mereka apabila terkandas pada Jumaat. Mereka segera mengaktifkan suar kecemasan, yang mendorong pihak berkuasa untuk bertindak.
Sebuah penerbangan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menemui kenderaan yang tersangkut itu pada Jumaat dan menggugurkan telefon satelit dan bekalan makanan kepada mereka.
Bagaimanapun, cuaca buruk dan banjir di kawasan itu melambatkan usaha menyelamat.
Polis berkata kenderaan keluarga itu ditinggalkan di lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 17 2021
Keluarga itu mengembara ke seluruh Australia dengan van kembara mereka apabila terkandas pada Jumaat.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Berbasikal Trek Dunia: Shah, Ridwan Sahrom akhiri acara pecut di pusingan pertama
Olimpian negara tersebut terpaksa akur kepada Joseph Truman dari Great Britain, sementara adiknya pula tewas kepada pelumba Jepun, Yuta Obara.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Ombak 4 meter, feri bawa 259 penumpang dari Langkawi terpaksa patah balik
Sebuah feri yang membawa 259 penumpang dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah terpaksa berpatah balik, akibat cuaca buruk yang berlaku pada Ahad.
Filipina lakukan penghantaran bekalan di Ren'ai Jiao dengan pemantauan China
Filipina melaksanakan misi penghantaran bekalan keperluan hidup pada pagi Sabtu di Ren'ai Jiao.
Lebih 2,000 trak bantuan Gaza terkandas di sempadan Rafah
Lebih 2,000 trak yang membawa bantuan kemanusiaan dan barangan komersial terkandas di sempadan Rafah di Mesir.
Banjir: 10,000 Orang Asli Temiar di tujuh penempatan terputus hubungan
Kira-kira 10,000 masyarakat Orang Asli Temiar yang tinggal di tujuh penempatan di sekitar di jajahan ini terputus hubungan selepas laluan Kuala Betis-Gua Musang mengalami bencana tanah runtuh.
Lebih 200 rakyat Thailand terkandas di Myanmar
Kedutaan Thailand di Yangon telah membuat persiapan untuk memastikan mereka dapat kembali dengan selamat.
Tiga sekeluarga terkandas 22 hari di Sudan selamat kembali ke Malaysia
Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi penerbangan Saudia SV842 yang mendarat pukul 4.15 pagi tadi.
213 rakyat Thailand yang di bawa keluar dari Sudan selamat tiba di tanah air
Seramai 213 rakyat Thailand dan keluarga mereka yang terkandas di Sudan sudah pun kembali ke tanah air, kata jurucakap Kementerian Luar Kanchana Patarachoke.
Nelayan Indonesia diselamatkan selepas enam hari tanpa makanan
Kesemua nelayan tersebut telah dipindahkan menaiki helikopter pada Isnin dari Pulau Bedwell.