KUALA LUMPUR: Empat strategi dilaksanakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai usaha membantu murid mengadaptasi norma baharu aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) ketika COVID-19.
Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin berkata, empat strategi itu terangkum dalam Program Pemerkasaan Pelaksanaan Kurikulum (KPMPerkasaKU) yang dilancarkan pada 30 Ogos lalu.
Menurutnya, strategi pertama ialah Program Pemugaran Literasi dan Numerasi iaitu membangunkan Modul Asas Literasi dan Numerasi bagi murid yang belum menguasi asas kemahiran 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul)
"Di bawah program ini modul ini dilaksanakan kepada murid Program Pemulihan Khas Tahap Satu yang telah dikenal pasti," katanya pada persidangan Dewan Negara pada Isnin.
Beliau menjawab soalan Senator Fadhlina Sidek yang ingin tahu pelan perancangan masa depan bagi keciciran murid-murid menguasai membaca menulis dan mengira dan menaakul (4M) bagi murid-murid bawah 12 tahun bermula tahun 2021 ke hadapan.
Tambah Mohamad, strategi kedua ialah pemerkasaan pentaksiran bilik darjah yang dilaksanakan bagi memastikan tahap keupayaan dan penguasaan pembelajaran murid terutamanya dalam kemahiran 4M sentiasa ditaksir, direkod serta dipantau.
Ujar beliau, strategi ketiga ialah pengukuhan dan pengayaan yang bertujuan merapatkan jurang pembelajaran dengan penyediaan bahan sokongan PdP secara digital atau bercetak bagi memperkukuh dan memperkayakan pengetahuan serta kemahiran murid termasuk kemahiran 4M.
"Strategi keempat ialah penyediaan Portal SumberKU yang merupakan satu sistem penyimpanan bahan PdP untuk membantu meningkatkan tahap penguasaan murid sekolah rendah khususnya dalam kemahiran 4M," katanya.
Mohamad menambah, dengan strategi yang dirancang dan dilaksanakan itu membolehkan murid menguasai kemahiran 4M.
Katanya, strategi itu juga akan memastikan murid bersedia untuk peringkat pembelajaran seterusnya.
Astro Awani
Mon Oct 25 2021
Empat strategi dilaksanakan KPM sebagai usaha membantu murid mengadaptasi norma baharu aktiviti PdP ketika COVID-19.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Banjir: Lapan sekolah di Perlis ditutup esok, pelajar belajar secara PdPR
Rose Aza berkata keputusan untuk menutup sekolah itu diambil bagi memastikan keselamatan pelajar dan guru terjamin.
Tiga sekolah di Kempas laksana PDPR akibat pencemaran bau
SK Kampung Maju Jaya, Sekolah Rendah dan Menengah Islam Hidayah ditutup hari ini akibat pencemaran bau.
Sekolah di Pulau Pinang dibenar PdPR sepanjang gangguan bekalan air
Namun bagi pelajar Tingkatan Lima dan Kolej Pra-Universiti, mereka akan menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah kerana peperiksaan yang telah dijadualkan.
Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok
Dua sekolah di daerah Pekan akan meneruskan sesi pembelajaran melalui keadah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Selasa.
PdPR hanya dilaksana apabila sekolah ditutup, bacaan IPU lebih 200 - Fadhlina
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hanya akan dilaksanakan apabila sekolah ditutup dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
Banjir: Sesi persekolahan tidak tangguh, KPM beri kelonggaran PdPR
Kementerian beri perhatian khusus baik pulih semua sekolah yang terjejas akibat banjir dalam tempoh dua minggu sebelum sesi bermula.
Tiada lagi penggiliran, sekolah sesak sejak awal pagi namun keadaan teratur, terkawal
Keadaannya hampir sama ketika zaman sebelum pandemik, cuma kali ini ia lebih teratur dan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan.
JENDELA bantu lancarkan PdPR di pedalaman Selangor
Melalui JENDELA, beberapa lokasi struktur menara komunikasi sedia ada telah dinaik taraf daripada teknologi 2G kepada 4G.
Murid pulang bercuti Tahun Baharu Cina tidak dibenar kembali ke asrama
KPM membuat ketetapan itu sebagai usaha mengawal jangkitan COVID-19 serta melindungi calon Sijil Pelajaran Malaysia.
Lebih 530,00 pelajar mulakan sesi persekolahan di Sabah hari ini
Sejumlah 1,075 sekolah rendah dan 218 sekolah menengah kerajaan dibuka untuk sesi persekolahan bersemuka di negeri ini.