awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat suspek kes rogol bergilir didakwa pada Rabu

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
12/09/2023
13:35 MYT
Empat suspek kes rogol bergilir didakwa pada Rabu
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Ashari Abu Samah berkata, kesemua mereka akan dituduh di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 9.30 pagi.
KUALA LUMPUR : Empat lelaki yang dipercayai merogol seoeang wanita berusia 27 tahun secara bergilir di sebuah rumah di Seksyen 2, di sini pada 30 Ogos lalu, akan dituduh di mahkamah, esok.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Ashari Abu Samah berkata, kesemua mereka akan dituduh di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 9.30 pagi.
"Mereka akan didakwa mengikut Sesyen 375 Kanun Keseksaan kerana merogol secara berkumpulan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Ashari memberitahu, mereka yang berusia 25 hingga 32 tahun itu diberkas secara berasingan menerusi operasi khas yang dilancarkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di ibu negara dan Kelantan antara Khamis dan Sabtu lalu.
Sebelum ini, bapa kepada empat anak, yang juga abang ipar mangsa didakwa di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas tuduhan bersubahat dengan rakan-rakannya untuk merogol adik iparnya secara bergilir-gilir di sebuah rumah, bulan lalu.
Lelaki berusia 29 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.
Dalam kejadian itu, mangsa dipercayai diperkosa lima lelaki di rumahnya di Wangsa Maju, di sini kira-kira pukul 3.30 pagi pada 30 Ogos lalu.
Mangsa ketika itu dikatakan sedang tidur dan hanya tersedar apabila tangan diikat oleh suspek sebelum dirogol bergilir-gilir.
Topic Berkaitan
#rogol secara berkumpulan
#rogol bergilir
#Polis Diraja Malaysia
#Mahkamah Sesyen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan