awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jalan Pantai Bersih tidak terlibat permohonan penukaran nama, hanya jalan cabang - Exco
Perdagangan Malaysia-ASEAN naik 1.7 peratus kepada RM709.08 bilion untuk Jan-Nov 2025 - MITI
WEF2026: Empat realiti AI yang sering disalah faham
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat wanita sesat di Bukit Cherok Tokun ditemukan selamat

Bernama
Bernama
07/12/2025
04:20 MYT
Empat wanita sesat di Bukit Cherok Tokun ditemukan selamat
Operasi melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.47 petang. - Gambar/ JBPM
BUKIT MERTAJAM: Empat wanita yang dilaporkan sesat semasa mendaki Bukit Cherok Tokun di sini petang semalam, diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam operasi selama kira-kira lima jam, malam tadi.

Ringkasan AI
  • Empat wanita diselamatkan oleh anggota JBPM selepas sesat di Bukit Cherok Tokun; operasi berlangsung kira-kira lima jam malam tadi.
  • Operasi penyelamatan melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.47 petang.
  • Keempat-empat mangsa berusia 25 tahun, dua ditemui pada 8 malam dan dua lagi pada 11.03 malam selepas operasi diperluas; dibawa turun dengan selamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan JBPM Pulau Pinang John Sagun Francis berkata operasi melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.47 petang.
"Semua mangsa berusia 25 tahun sesat di dalam hutan dan seorang daripada mereka telah menghantar lokasi keberadaan melalui aplikasi WhatsApp.
"Dua mangsa ditemukan pada 8 malam manakala dua lagi pada 11.03 malam selepas operasi pencarian diperluas dan mereka dibawa turun dengan selamat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi yang turut melibatkan polis dan orang awam tamat pada 11.40 malam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Cherok Tokun
#kes pendaki sesat
#operasi sar
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan