Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Empat warga asing cedera, kereta rempuh pembahagi jalan di Lebuhraya PLUS

Sumber: JBPM PERAK
Semua mangsa kemalangan mengalami kecederaan, antaranya di bahagian kepala dan muka, telah diberi rawatan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan yang berada di lokasi dengan dibantu oleh pihak bomba sebelun dihantar ke hospital menggunakan ambulan. - Gambar JBPM Perak
Advertisement

IPOH: Empat warga asing, masing-masing dua lelaki dan wanita cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas sebelum merempuh pembahagi jalan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), di sini, awal pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 5.28 pagi.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona telah terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan, sebelum terbalik.

“Kemalangan melibatkan empat orang mangsa warga asing Indonesia iaitu seorang lelaki berumur 32 tahun, seorang lagi lelaki tiada maklumat diri, seorang mangsa perempuan berumur 31 tahun dan seorang lagi mangsa perempuan tiada maklumat diri,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, tiga orang mangsa telah keluar dari kereta sebelum pihak bomba sampai manakala seorang mangsa seorang lelaki  berada di dalam kereta tetapi tidak tersepit.

“Ketua operasi melakukan size up dan mengaplikasikan konsep SAVER seterusnya mendapati mangsa yang berada di dalam kereta boleh keluar dengan sendiri dengan dibantu oleh anggota bomba,” ujarnya.

Menurutnya, semua mangsa mengalami kecederaan, antaranya di bahagian kepala dan muka, telah diberi rawatan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi dengan dibantu oleh pihak bomba sebelun dihantar ke hospital menggunakan ambulan.

Operasi yang membabitkan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya tamat jam 6.20 pagi.

 

Must Watch Video

Advertisement