KUALA LUMPUR: Semasa dunia terus dihubungkan menerusi kecanggihan teknologi, pengangkutan, perniagaan dan hubungan peribadi; aspek empati dan pemahaman budaya adalah penting kerana manusia ketika ini berhadapan dengan pelbagai ketidaktentuan, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Dalam titah Diraja yang disampaikan di majlis pengijazahan Asia School of Business bagi kelas Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) 2023 hari ini, baginda bertitah antara ketidaktentuan dan risiko itu adalah yang dicetuskan daripada kecerdasan buatan (AI), geopolitik dan impak daripada krisis iklim.
"Untuk mengemudi umat manusia melalui tempoh yang mencabar ini apa yang kita perlukan, mungkin lebih daripada pemahaman cemerlang perniagaan yang dicapai melalui program MBA anda ini, ialah belas ihsan serta kebersamaan, dan yang paling penting ialah nilai komuniti global.
"Kita perlu sedar mengenai komuniti ini, yang mungkin tidak pernah berlaku sebelum ini - melebarkan lagi kebimbangan kita, dan melaksanakan tanggungjawab kita bukan sahaja kepada seluruh manusia, tetapi juga kepada seluruh makhluk lain yang hidup di dunia ini, dan kepada planet ini sendiri," titah baginda.
Baginda bertitah perkembangan baharu dalam teknologi seperti yang dicetuskan menerusi AI ketika ini semakin pesat, sehingga menjadikan sesetengah pekerjaan sedia ada kini telah lapuk, manakala pekerjaan yang tidak pernah didengar sebelum ini mula dicipta, disebabkan oleh kadar perubahan pantas yang dihasilkannya.
"Dalam era pasca-pandemik ini, pelbagai bentuk kerja hibrid mulai muncul, manakala penyesuaian berteknologi tinggi lain turut mula diperkenalkan, daripada mesyuarat perniagaan dalam alam maya kepada ejen perkhidmatan pelanggan dipacu AI bagi pemasaran dalam metaverse.
"Generasi anda dan seterusnya akan mendiami dunia inovasi teknologi yang belum pernah dibayangkan ini, yang mungkin agak asing bagi generasi beta dan sebelumnya," titah baginda.
Baginda menegaskan bahawa pembangunan teknologi yang pesat, terutamanya alat AI generatif dan chatbots seperti ChatGPT disanjung sebagai penyelamat umat manusia kerana ia dilihat meningkatkan produktiviti secara besar-besaran, menjimatkan masa dan mencipta kecekapan merentas semua jenis proses, di samping mencetus idea bagi mana-mana penulis yang sedang bergelut dengan rintangan pengarang (writer's block).
Bagaimanapun Sultan Nazrin bertitah AI juga boleh membawa keruntuhan kepada masyarakat kerana ia boleh membentuk semula pelbagai aspek yang berada di luar tempat kerja dalam persekitaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini, kerana AI generatif akan terus berkembang, terutama apabila digabungkan pula dengan unsur-unsur kecanggihan lain dalam Revolusi Perindustrian Keempat, ini baru permulaan.
"Oleh itu, empati, etika, kemahiran praktikal dan asas akademik adalah sebahagian daripada warisan yang anda bawa dari sini apabila anda menamatkan pengajian," tambahnya.
Dengan merujuk kepada ucapan pemenang Anugerah Akademi bagi kategori pelakon terbaik Tan Sri Michelle Yeoh di Fakulti Undang-undang Harvard baru-baru ini, Sultan Nazrin memuji nasihat pelakon kelahiran Ipoh itu mengenai "bagaimana untuk terselamat sewaktu jatuh" dan kemudiannya berusaha untuk bangkit semula.
"Jika anda ingin belajar tentang jatuh dan bangkit semula, sama ada secara metafora atau fizikal, saya menggesa anda untuk melihat ucapan Yeoh yang mengagumkan itu. Jadi, selepas banyak pertimbangan, beta memutuskan untuk menawarkan sedikit kata-kata sebagai bimbingan, yang turut mempunyai kaitan dengan perjalanan hidup beta sendiri: teruskanlah belajar," titah baginda.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2023
Aspek empati dan pemahaman budaya adalah penting kerana manusia ketika ini berhadapan dengan pelbagai ketidaktentuan, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Pemindahan pokok tidak disaran kerana ia memudaratkan sistem ekologi - Pakar
Tambahnya lagi, pemindahan untuk satu pokok juga bukanlah sesuatu perkara yang murah dan ia sekali gus memerlukan satu teknikaliti yang sangat tinggi.
Kerajaan cadang Akta Pembangunan Hartanah bagi Semenanjung Malaysia - Nga
Beliau berkata, inilah masanya untuk kerajaan mempertimbang akta yang lebih komprehensif, telus dan bertanggungjawab.
Sindiket dadah tumpas, lelaki ditahan bersama 20 bungkus heroin
Suspek direman selama enam hari bermula Selasa hingga 19 Mei bagi membantu siasatan.
Strategi Singapura sesuai diadaptasi di Malaysia untuk pulihara keadaan pokok - Pakar
Usaha konservasi pokok warisan menerusi Heritage Tree Scheme yang dilaksanakan Lembaga Taman Negara Singapura (NParks) boleh dijadikan contoh.
Lelaki dikejar polis selepas cuba merampas sebuah lori
Seorang suspek perampas lori telah ditahan pada malam isnin selepas dikejar polis dalam keadaan berbahaya melalui beberapa jalan di lima, ibu negara peru.
Kamera keselamatan di perbandaran ate, timur lima, menunjukkan lelaki itu melarikan diri dengan panik melalui beberapa jalan di daerah itu, sehingga berlanggar dengan kenderan peronda polis dan bergerak dalam keadaan bersimpang siur tanpa mengendahkan arahan pegawai polis.
Kamera keselamatan di perbandaran ate, timur lima, menunjukkan lelaki itu melarikan diri dengan panik melalui beberapa jalan di daerah itu, sehingga berlanggar dengan kenderan peronda polis dan bergerak dalam keadaan bersimpang siur tanpa mengendahkan arahan pegawai polis.
Peralihan teraju kepimpinan Singapura malam ini
Upacara angkat sumpah perdana menteri keempat Singapura itu akan berlangsung pada 8 malam ini di Istana.
Nakba: 76 tahun pembantaian zionis Israel di Palestin
Perpindahan besar-besaran penduduk Palestin yang pertama berlaku pada 1948, dikenali sebagai Nakba, atau 'malapetaka' dalam bahasa Arab.
Pertemuan PM Anwar dan Hamas timbul resah Barat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pertemuan beliau dengan pemimpin tertinggi Hamas pada Selasa berkemungkinan menimbulkan keresahan dalam kalangan rakan-rakan Malaysia khususnya dari Barat.
50 trak bantuan yang memasuki Gaza pada Ahad "hampir tidak cukup".
Itu yang dikatakan jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Vaden Patel pada Selasa dimana beliau percaya masih lebih banyak yang perlu dilakukan untuk melancarkan proses aliran bantuan ke dalam Gaza.
Genap 76 tahun Nakba, saksi pembantaian kejam Israel
15 Mei, menandakan genap 76 tahun, tanah rakyat Palestin telah dirampas secara ganas dan dipindahkan secara paksa di tangan peneroka haram Yahudi, tentera zionis Israel.
Empati, pemahaman budaya penting hadapi pelbagai ketidaktentuan - Sultan Nazrin
Aspek empati dan pemahaman budaya adalah penting kerana manusia ketika ini berhadapan dengan pelbagai ketidaktentuan, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Empati kelebihan pemimpin wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, wanita perlu bekerjasama dan menyokong bagi membolehkan mereka menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin yang baik.
Perlu lebih empati dalam menangani kes bunuh diri
Masyarakat harus prihatin, mendengar, mengambil berat dan memberikan sokongan sosial kepada mereka yang memerlukan.
Terap sifat empati, perikemanusiaan beri khidmat kepada masyarakat - Nik Ezanee
Beliau berkata konsep seperti humanizing the badge perlu ada dalam setiap pegawai dan anggota polis yang berkhidmat sebagai pasukan keselamatan negara.
Operasi penguatkuasaan perlu ada empati
Dalam kerangka peraturan WBB yang lebih longgar, pihak berkuasa harus juga menerapkan sikap dan pendekatan yang fleksibel dalam menangani ketidakpatuhan.
Waspada dengan manipulasi sentimen kaum ahli politik - PM Muhyiddin
Kerajaan sedar, rakyat Malaysia tidak akan sekali-kali mengorbankan kesepaduan sosial dan perpaduan negara yang telah dikecapi selama ini demi matlamat peribadi.
PM lancar Dasar Perpaduan dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030
Ia bagi menyokong strategi-strategi dalam Dasar Perpaduan Negara serta menetapkan aspirasi perpaduan yang ingin dicapai dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Jangan cakap tentang kemakmuran bersama kalau tiada empati - Anwar
Kegagalan menyemai empati akan mengakibatkan konsep berkenaan menjadi satu istilah yang tidak membawa makna.