Berbekalkan semangat jitu, enam anak jati Kedah menamatkan siri jelajah sejauh 6,000 kilometer, bermula dari Alor Setar ke negara China, dalam tempoh 10 hari dengan hanya menunggang motosikal kapcai.
Aidil Ezrul, 33; Muhamad Arham Jaafar, 27; Zulkefly Hashim, 28; Azmawy Awang, 28; Muhammad Afif Bakhtiar, 24, serta isteri Muhammad Afif, Nor Hafizah Asmal, 23, telah memulakan jelajah mereka pada 5 Februari lalu dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5.
Muhammad Afif berkata mereka gembira kerana dapat menamatkan siri jelajah itu tanpa sebarang perkara yang tidak diingini namun sebaliknya memperoleh pelbagai kenangan yang cukup bermakna.
"Dari Alor Setar kami memasuki Thailand, Laos dan terus ke Boten yang menjadi sempadan antara Laos dan China dan sepanjang perjalanan kami tidak mengalami masalah besar cuma terpaksa berdepan dengan suhu yang mencecah sehingga 7 darjah Celcsius semasa di China selain berasa letih kerana terpaksa menunggang motosikal begitu lama namun ia tidak melunturkan semangat kami.
"Kami juga perlu menyesuaikan diri dengan pertuturan rakyat di negara Laos dan China selain berdepan kesukaran mencari makanan yang halal. Kami bernasib baik kerana terdapat beberapa restoran muslim yang menjual makanan halal," katanya kepada pemberita di laluan Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam, semalam.
Kata sepakat
Beliau berkata siri jelajah itu hanya dirancang pada awal bulan lalu hasil perbincangan bersama empat lagi rakan yang lain dan selepas mendapat kata sepakat mereka memilih tarikh 5 Februari sebagai permulaan siri jelajah mereka.
"Persediaan kami buat sedikit sahaja kerana apa yang paling penting ialah keadaan motosikal, namun ia tidak mendatangkan kebimbangan kepada kami kerana ada di antara kami yang bekerja sebagai mekanik motosikal jadi kami tahu tahap kemampuan motosikal masing-masing.
"Dari segi modal pula, masing-masing menyediakan wang berjumlah RM3,000 untuk kegunaan mengisi minyak, makan dan tempat tinggal namun kami hanya menggunakan separuh daripada wang yang disediakan," katanya.
Tambahnya, dia dan rakan-rakan yang lain merancang untuk mengadakan siri jelajah ke Vietnam tahun depan selepas menamatkan siri jelajah di Kemboja pada tahun lepas.
Wanita tunggal
Sementara itu, Nor Hafizah Asmal yang merupakan satu-satunya wanita dalam siri jelajah itu berkata dia gembira kerana dapat menamatkan siri jelajah ke negara China bersama suami yang dikahwini pada Mei tahun lalu.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Kerja Raya, Pelancongan dan Warisan negeri Datuk Mohd Rawi Abd Hamid menyambut kepulangan enam anak jati Kedah ini yang tiba di Kompleks Imigresen Bukit Kayu Hitam pada pukul 5.20 petang, semalam.
"Saya berbangga dengan mereka kerana mempunyai semangat yang tinggi dan berani menjelajah ke negara orang lain dengan hanya menaiki motosikal kapcai dan bukannya motosikal berkuasa tinggi. Selain itu mereka juga turut mempromosikan Discover Kedah 2016 dengan menggunakan kaedah pelancongan bermotosikal," katanya.
Bernama
Tue Feb 16 2016
Enam anak jati Kedah ini memulakan jelajah mereka pada 5 Februari lalu dengan menunggang motosikal jenis Honda EX5. - Foto Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Enam anak jati Kedah jelajah China dengan motosikal kapcai
Mereka gembira dapat menamatkan siri jelajah itu tanpa sebarang perkara yang tidak diingini namun sebaliknya memperoleh pelbagai kenangan.