NATIONAL
Enam ditahan bantu siasatan kes pukul vokalis kumpulan muzik skinhead

Polis menahan enam lelaki berusia 28 hingga 40 tahun bagi membantu siasatan kes vokalis kumpulan muzik "skinhead" yang dipukul di sebuah gimnasium di Johor Bahru. -Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Polis menahan enam lelaki bagi membantu siasatan kes seorang vokalis kumpulan muzik "skinhead" dipukul di sebuah gimnasium di sini Sabtu lepas.
Ringkasan AI
- Polis menahan enam lelaki berusia 28 hingga 40 tahun bagi membantu siasatan kes vokalis kumpulan muzik "skinhead" yang dipukul di sebuah gimnasium di Johor Bahru.
- Mangsa berusia 23 tahun mendakwa diserang dengan tong sampah besi dan mengalami kecederaan di kepala dan badan, dipercayai akibat perselisihan faham lama dengan suspek utama.
- Suspek utama positif dadah benzodiazepine dan memiliki rekod jenayah, manakala kes disiasat di bawah beberapa akta termasuk Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia, serta Akta Dadah Berbahaya.
"Kejadian berlaku semasa persembahan live band berlangsung.
"Mangsa yang cedera pada bahagian kepala, muka serta kesakitan di seluruh anggota badan telah dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Ampang," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata pergaduhan dipercayai akibat perselisihan faham lama antara mangsa dan suspek utama berusia 36 tahun yang tercetus semasa program muzik di Ampang pada 2024.
Raub berkata hasil saringan air kencing mendapati suspek utama positif terhadap dadah jenis benzodiazepine dan memiliki dua rekod jenayah lampau manakala seorang lagi berusia 28 tahun positif ganja.
Beliau berkata tiga suspek direman empat hari bermula semalam manakala tiga lagi juga tempoh sama bermula hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Baru-baru ini tular beberapa rakaman video memaparkan kejadian pergaduhan terbabit yang dipercayai dimuat naik menerusi akaun Facebook kumpulan muzik itu.
Hantaran itu mendakwa vokalis berkenaan diserang dan dipukul sekumpulan lelaki dengan beberapa keping gambar kesan kecederaan turut dikongsikan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami